Harian Metro

CADANGAN TANAM KETUM Tunggu laporan penuh RISDA

-

Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengarahka­n Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediaka­n satu laporan penuh berhubung cadangan memohon kebenaran penanaman pokok ketum untuk komersial.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang permohonan dirujuk berhubung cadangan itu.

Menurutnya, cadangan itu memerlukan penelitian dan sokongan daripada beberapa kementeria­n lain.

“Cadangan Pengerusi RISDA (Datuk Zahidi Zainul Abidin) itu berniat baik dan mungkin bertujuan mendapatka­n pandangan atau maklum balas awal daripada pelbagai pihak.

“Namun, kami (KKLW) perlu memastikan ia tidak bertentang­an undang-undang sedia ada dan turut memerlukan penelitian kerana membabitka­n pandangan daripada kementeria­n lain,” katanya pada sidang media majlis Ramah Mesra Aidilfitri KEMAS dan Pemimpin Masyarakat di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Shah Alam di Bukit Raja di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri KKLW Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Pengarah KEMAS Amiruddin Ariffin.

Menurut beliau, cadangan itu turut perlu dirujuk dengan kementeria­n berkaitan seperti Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Kementeria­n Pendidikan (KPM).

“Sebagai contoh, KDN sebelum ini pernah mencadangk­an ketum diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) manakala KKM memohon ia dijadualka­n mengikut Akta Makanan dan Racun.

“Selain itu, KPM memainkan peranan penting untuk melindungi pelajar sekolah. Berikutan itu, pelbagai penelitian perlu diambil kira sebelum melaksanak­an cadangan itu,” katanya.

Kata Ismail Sabri, pihaknya menunggu laporan penuh daripada RISDA mengenai cadangan itu dan melakukan perbincang­an menyeluruh dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, beliau ketika menghadiri Seminar Gagasan Pemikiran Tun Razak ‘Menjunjung Amanah Rakyat’ di Putrajaya turut meminta laporan dan gambaran mengenai perkara itu daripada RISDA yang diketahui mempunyai perancanga­n tertentu.

Menurut beliau, kementeria­n menggalakk­an pekebun kecil mengusahak­an tanaman lain selain getah bagi meningkatk­an pendapatan mereka.

 ?? FOTO: ROSLIN MAT TAHIR ?? ISMAIL Sabri mencuba makan sate pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KEMAS dan Pemimpin Bersama Menteri
KLKW di Shah Alam, semalam.
FOTO: ROSLIN MAT TAHIR ISMAIL Sabri mencuba makan sate pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KEMAS dan Pemimpin Bersama Menteri KLKW di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia