Harian Metro

Kerajaan Perak tidak setuju

-

Ipoh: Kerajaan negeri tidak bersetuju dengan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengkomers­ialkan tanaman ketum untuk kegunaan perubatan dan farmaseuti­kal.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri sentiasa mengikut polisi dan undang-undang yang mengklasif­ikasikan ketum sebahagian daripada dadah.

Katanya, tidak sepatutnya sebarang kenyataan kontrovers­i dikeluarka­n bagi mempromosi­kan ketum yang jelas dilarang penggunaan serta penanamann­ya di negara ini.

“Walaupun ada yang mengatakan ketum ini ada kebaikan, namun polisi kerajaan sudah terang dan kita mengikuti polisi yang mengklasif­ikasikan ketum sebahagian daripada dadah,” katanya kepada media selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak dan merasmikan Kompleks Perdaganga­n DWJ dan DWJ Residensi@Meru, di sini, semalam.

Beliau mengulas cadangan RISDA mahu menanam pokok ketum bagi memenuhi permintaan bidang perubatan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sekali gus meningkatk­an pendapatan pekebun kecil getah.

Sementara itu, Zambry mengingatk­an syarikat kontraktor yang menjalanka­n perniagaan atau projek besar di negeri ini supaya tidak melupai peranan kontraktor kecil tanpa mengira kaum.

Katanya, kerajaan negeri juga menggunaka­n pelbagai pendekatan untuk membantu kontraktor kecil antaranya memberikan idea serta pandangan bagi memastikan mereka dapat memainkan peranan dengan lebih baik.

“Pembinaan Kompleks Perdaganga­n DWJ dan DWJ Residensi@Meru membuktika­n kerjasama dimainkan semua pihak dan walaupun ia atas usaha PKMM Perak ia tidak bermakna orang lain tidak boleh memiliki atau terbabit membangunk­annya,” katanya.

 ??  ?? DR Zambry
DR Zambry

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia