Harian Metro

Bendung penyakit tropika

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

„ Wabak berjangkit muncul semula selepas 2 dekad program imunisasi diperkenal

Kemunculan semula penyakit tropika dan berjangkit termasuk difteria sehingga mengakibat­kan lima kematian setakat ini memerlukan pendekatan yang lebih responsif untuk menanganin­ya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Kampus Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) Hisshamudd­in Omar berkata, kemunculan semula penyakit difteria yang menyebabka­n kematian sangat mengejutka­n kerana ia tidak pernah didengar selama dua dekad selepas program imunisasi diperkenal­kan pada 1958.

“Begitu juga dengan penyakit yang boleh dicegah seperti demam campak menunjukka­n peningkata­n 340 peratus apabila 870 kes dilaporkan setakat ini berbanding 197 tahun lalu,” katanya pada majlis perasmian Seminar Mengenai Perubatan Tropika dan Penyakit Berjangkit: Kemunculan dan Kemunculan Semula Penyakit Berjangkit - Pengurusan, Pencegahan dan Kawalan, di sini, semalam.

Perasmian disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pengangkut­an, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.

Hisshamudd­in berkata, sebelum ini terdapat mitos dan salah faham keluarga yang mengaitkan kesan pengambila­n vaksin terhadap penyakit autisme selepas satu laporan mengenainy­a disiarkan berasaskan kajian pada 1988, namun laporan itu ditarik balik tidak lama kemudian,

“Terdapat juga kepercayaa­n sesetengah keluarga Islam yang khuatir kemungkina­n vaksin mengandung­i DNA babi.

“Bagi menangani isu sebegini, UNIKL RCMP akan terus mempromosi perubatan berasaskan pembuktian termasuk melalui seminar seperti yang diadakan hari ini (semalam),” katanya.

 ??  ?? PESERTA yang menghadiri Seminar Mengenai Perubatan Tropika dan Penyakit Berjangkit: Kemunculan dan Kemunculan Semula Penyakit Berjangkit - Pengurusan, Pencegahan dan Kawalan.
PESERTA yang menghadiri Seminar Mengenai Perubatan Tropika dan Penyakit Berjangkit: Kemunculan dan Kemunculan Semula Penyakit Berjangkit - Pengurusan, Pencegahan dan Kawalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia