Harian Metro

‘Pencen mati’

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

„ 100,000 veteran tentera mohon pihak berkaitan bantu naik taraf kehidupan

Lebih 20 tahun tiada sebarang kenaikan pencen atau elaun tambahan. Itu yang dihadapi veteran tentera hingga menyebabka­n ada antara mereka melakukan kerja lain walaupun usia mencecah 70 tahun.

Pencen yang rata-rata diterima iaitu RM1,000 itu jelas menunjukka­n veteran tentera tergolong di bawah paras kemiskinan dan boleh dianggap sebagai miskin tegar jika tiada pihak berkaitan membantu mereka.

Dilema berkenaan dilalui lebih 100,000 veteran tentera seluruh negara yang rata-rata antara mereka ‘makan hati’ apabila sehingga kini tiada kenaikan pencen atau elaun diterima wira negara itu sebagai tanda penghargaa­n.

Presiden Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamata­n Malaysia (PAHLAWAN) Asri Buang, berkata, perkara itu dilalui veteran tentera untuk tempoh begitu lama dan tiba masa pihak Kementeria­n Pertahanan mengkaji semula pencen dan elaun berkenaan.

“Melihat kepada keadaan sekarang apabila kos sara hidup semakin meningkat, sekali gus memerlukan pihak berkaitan mengkaji semula pemberian pencen dan elaun untuk veteran tentera yang terlalu sedikit.

“Kami tidak menerima sebarang kenaikan pencen atau elaun, malah hanya mengharapk­an pada Hari Pahlawan untuk menerima sedikit imbuhan,” katanya di sini, semalam.

Berikutan itu, PAHLAWAN membuat tuntutan dengan menghantar memorandum kepada pihak berkaitan untuk menimbang permintaan mereka demi memastikan wira negara lebih dihargai.

“Kami menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jun lalu dan menyerahka­nnya lagi jika tiada tindakan susulan daripada pihak berkaitan.

“Antara isi kandungan tuntutan itu adalah PAHLAWAN menuntut rasionalis­asi kenaikan pencen pada kadar 50 peratus daripada tangga gaji baru yang berkuat kuasa 1 Julai lalu selain mahu Kementeria­n Pertahanan membayar wang sara hidup kepada 350,000 orang sebanyak RM6,000 setahun,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI veteran Persatuan PAHLAWAN menuntut kenaikan sara hidup.
AHLI veteran Persatuan PAHLAWAN menuntut kenaikan sara hidup.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia