Harian Metro

Usah keruhkan keadaan

-

Kota Bharu: Semua pihak diminta tidak terus mengeluark­an kenyataan di laman sosial berhubung kes seorang pelajar perempuan yang cedera dipercayai ditampar guru di sekolahnya, 19 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Datuk Abdul Aziz Abdullah berkata, tindakan itu bukan saja tidak dapat menyelesai­kan masalah, malah mengeruhka­n lagi keadaan.

“Jangan saling burukkan antara satu sama lain kerana ia tidak memberi manfaat, malah hanya memecahkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa sedangkan kita patut merapatkan hubungan untuk masa depan pelajar.

“Apabila satu kelompok kata ini dan satu lagi kelompok cakap macam ini, ia timbulkan satu isu baru yang mengeruhka­n keadaan yang sudah sedia jernih,” katanya selepas merasmikan Karnival Kemahiran Vokasional Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri 2016 di sini, semalam

Hadir sama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu Mohd Ezani Awang; Ketua Unit Teknik dan Vokasional Kelantan Rozmi Ab Rahim dan Pengetua SMK Puteri Dr Rani Abd Mutalib.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga kini terlantar di hospital akibat mengalami kecederaan selepas mendakwa ditampar seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, mendakwa ditampar di bahagian belakang kepalanya sebanyak tiga kali selepas didakwa mencukur kening.

Akibat kejadian itu, mangsa dibawa di Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, untuk rawatan lanjut.

 ??  ?? ABDUL Aziz
ABDUL Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia