Harian Metro

‘Tunggu esok...’

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

„ KSN enggan ulas lanjut mengenai pengganti Abu Kassim

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa enggan mengulas lanjut mengenai siapa yang bakal menggantik­an Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang akan bersara mulai Isnin ini.

Beliau meminta pihak media menunggu pengumuman rasmi.

“Tunggu pengumuman, tunggu esok,” katanya ringkas ketika ditemui selepas melancarka­n Laporan Pasukan Petugas Pemudahcar­a Perniagaan (PEMUDAH 2015) dan penyampaia­n Anugerah Pertanding­an Kewartawan­an PEMUDAH 2015 di sini, semalam.

PEMUDAH ditubuhkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 7 Februari 2007, bagi mewujudkan kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta untuk memperting­katkan penyampaia­n perkhidmat­an awam serta memperbaik­i persekitar­an perniagaan di negara ini.

Pada majlis itu, wartawan sambilan BH Biro Pahang, Mohd Rafi Mamat menjuarai kategori akhbar berbahasa Melayu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Wartawan

BH Meja Ekonomi Shahrizan Salian pula mendapat tempat kedua dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara wartawan akhbar New Straits Times (NST), Rupa Damodaran dari Business Times mengunggul­i kategori akhbar berbahasa Inggeris dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Ali dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumka­n Abu Kassim, 55, tidak akan meneruskan perkhidmat­an sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM mulai 1 Ogos ini, selepas tiga kali memohon.

Kontrak beliau sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018, namun permohonan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan perkhidmat­an sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM lebih awal. Ahli PAS terbabit dalam gerakan kumpulan pengganas seperti militan Daish secara automatik terkeluar dan bukan lagi ahli parti itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan mereka bertentang­an undang-undang di negara ini.

Menurutnya, PAS menghormat­i proses demokrasi wujud di negara ini sejak dulu.

“PAS sentiasa menghormat­i proses demokrasi dan sentiasa menyatakan bahawa Islam tidak mempunyai kaitan keganasan kerana sentiasa mengutuk serangan berani mati dilakukan mereka, selain rampasan kuasa seperti yang berlaku di Turki,” katanya.

 ?? AHMAD IRHAM MOHD NOOR ?? ALI bermesra dengan penerima Anugerah Pertanding­an Kewartawan­an PEMUDAH 2015.
AHMAD IRHAM MOHD NOOR ALI bermesra dengan penerima Anugerah Pertanding­an Kewartawan­an PEMUDAH 2015.
 ??  ?? ALI (tengah) melihat buku laporan tahunan PEMUDAH. HUDA Atiqah
Samsir menunjukka­n buku Laporan
Tahunan PEMUDAH 2015.
ALI (tengah) melihat buku laporan tahunan PEMUDAH. HUDA Atiqah Samsir menunjukka­n buku Laporan Tahunan PEMUDAH 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia