Harian Metro

Perkukuh bidang emas

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

„ YaPEIM Gold buka kilang berharga RM7 juta

YaPEIM Gold bakal mengorak langkah dengan memperkuku­hkan kedudukan mereka sebagai peneraju pengeluar emas di pasaran negara dengan pembukaan kilang berharga lebih RM7 juta, awal tahun depan.

Ketua Pengarah Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin berkata, kilang yang terletak di Bandar Baru Bangi itu dilengkapi peralatan moden dengan pengeluara­n barang kemas pelbagai reka bentuk terkini.

“YaPEIM Gold dilancarka­n dua tahun lalu dan menjana keuntungan lebih RM5 juta. Ia sebagai langkah permulaan untuk kami menceburi bidang barangan kemas.

“Kepakaran dan pengalaman yang ada untuk mengeluark­an produk barangan kemas bermutu tinggi dan pereka yang berkeboleh­an menjadikan YaPEIM Gold kini dikenali ramai,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Ikon Pertama Bar Emas YaPEIM Gold Edisi Khas bersama kumpulan nasyid, Rabbani di Jakel Mall, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Faroz Mohamed Jakel.

Katanya, apa yang membezakan YaPEIM Gold dengan pengeluar barangan kemas lain adalah konsep rekaan unik selain ukiran bercirikan negeri di Malaysia.

“Contohnya rekaan bunga raya yang sinonim dengan identiti Malaysia diukir di atas emas selain tulisan khat yang pasti menarik perhatian ramai,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan mengembang­kan penjualan YaPEIM Gold di semua cawangan Ar-Rahnu di negara ini.

“Buat masa ini, YaPEIM Gold dibuka di dua cawangan di ibu kota iaitu NU Sentral dan Jakel Mall dan kita berharap dapat memperluas­kannya di semua negeri, malah tidak mustahil di semua cawangan Jakel akan ada YaPEIM Gold.

“Dengan pembukaan kilang ini diharap menjadi pelengkap dan alternatif kepada orang ramai untuk mendapatka­n barangan kemas bermutu tinggi sesuai dengan prosedur syariah ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Faroz berkata, kerjasama antara YaPEIM dan Jakel diharap memberi kesan dalam memantapka­n lagi ekonomi dan perniagaan mereka.

“Dengan kemasukan premis YaPEIM di Jakel Mall diharap melonjakka­n lagi perniagaan kami dan memberi impak kepada golongan Bumiputera,” katanya.

 ?? FOTO: ?? ABIBULLAH (tiga dari kiri) ketika Pelancaran Ikon Pertama Bar Emas YaPEIM Gold Edisi Khas Selebriti bersama Rabbani di Bangunan Jakel Mall, Kuala Lumpur.
FOTO: ABIBULLAH (tiga dari kiri) ketika Pelancaran Ikon Pertama Bar Emas YaPEIM Gold Edisi Khas Selebriti bersama Rabbani di Bangunan Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia