Harian Metro

Juruteknik bertembung kereta buat pusingan ‘U’

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka: Seorang juruteknik kilang pembuatan komponen elektronik maut apabila motosikal yang ditunggang­nya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain dipercayai teksi di Jalan Alai, kelmarin.

Dalam kemalangan jam 8.30 malam, mangsa, Nor Azli Ahmad, 41, dipercayai menunggang seorang diri dan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Bukit Punggur.

Difahamkan, mangsa menunggang motosikal Suzuki Panther dari arah Kandang menghala ke persimpang­an lampu isyarat Alai dan tidak sempat mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba menyebabka­n kedua-dua kenderaan itu bertembung.

Mangsa yang parah di kepala dan badan kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaa­n.

Adik mangsa, Muhd Hafizin Ahmad, 29, berkata, pemergian Allahyarha­m amat mengejutka­n keluarga dan kakak iparnya kerana wanita itu tidak bekerja, selain terpaksa menanggung tiga anak lelaki masih kecil.

“Kami semua ada lima beradik dan abang adalah anak kedua. Allahyarha­m disenangi semua ahli keluarga kerana dia sangat peramah.

“Abang saya juga amat rapat dengan anak buah dan mesra dengan panggilan Pak Ngah, pasti selepas ini mereka akan merindui gurauan serta gelagat arwah yang menceriaka­n,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut itu.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan siasatan berhubung kes ini dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ)1987,” katanya.

“Malam tadi (kelmarin), arwah beria-ria mahu mengimamka­n solat Maghrib sebelum pulang. Walaupun terkenal dengan sikap peramahnya, gelagat arwah bersalaman dengan semua pekerja yang ditemui di kantin kilang menyebabka­n kami semua pelik,” kata Khairel Rasip, 32, rakan karib Nor Azli Ahmad, 41, yang maut dalam kemalangan, kelmarin.

Kemalangan di Jalan Alai, jam 8.30 malam kelmarin, membabitka­n motosikal yang ditunggang Nor Azli

„ Mangsa maut di tempat kejadian akibat parah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia