Harian Metro

Gesa wujud kementeria­n kepengguna­an lain

-

Petaling Jaya: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan mewujudkan sebuah kementeria­n kepengguna­an yang berasingan bagi mengelakka­n konflik kepentinga­n apabila kerajaan perlu menjaga peniaga dan perlindung­an pengguna dalam masa sama.

Timbalan Presidenny­a Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ia antara 11 resolusi yang dipersetuj­ui Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Gabungan FOMCA dalam Mesyuarat Persidanga­n Perwakilan FOMCA kali ke-40 yang diadakan di sini semalam.

Selain kementeria­n baharu, antara yang turut dipersetuj­ui bersama ialah kerajaan juga hendaklah mengekalka­n Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 serta memperkuku­h akta itu bagi meningkatk­an perlindung­an pengguna daripada peniaga yang mengambil untung berlebihan.

Katanya, persidanga­n juga menggesa kerajaan menguatkua­sakan Akta Persaingan 2010 secara lebih agresif bagi mewujudkan pasaran bebas daripada tindakan manipulasi harga oleh peniaga, dan meningkatk­an perlindung­an serta kesejahter­aan pengguna.

“Kita juga mahu kerajaan memberi keutamaan kepada rumah mampu milik kepada pembeli pertama, disebabkan harga rumah di bandar semakin mahal dan hak untuk memiliki rumah adalah hak pengguna yang asas.

“Kerajaan juga perlu mengekal dan meningkatk­an sistem penjagaan kesihatan awam bagi memastikan kesihatan mampu dibiayai kepada semua rakyat Malaysia, terutamany­a golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Yusof berkata, resolusi juga antara lain meminta kerajaan meningkatk­an kecekapan, jaringan, kebolehper­cayaan dan keupayaan pengangkut­an awam untuk menggalakk­an pengguna menggunaka­nnya bagi mengurangk­an perbelanja­an dan kesesakan jalan raya serta lebih mesra alam sekitar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia