Harian Metro

MRT mulakan tempoh percubaan 1 Oktober depan

-

Perkhidmat­an Mass Rapid Transit (MRT) akan memulakan tempoh percubaan pada 1 Oktober, kata Pengarah Operasi dan Pengurusan Aset Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd

(MRT Corp), Mahmood Razak.

Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan memulakan tempoh percubaan selama tiga bulan mulai tarikh itu, sebelum pelancaran rasmi operasi pada 31 Disember.

“Fasa pertama Laluan MRT SBK dari Sungai

Buloh ke Semantan, hampir siap menjelang Oktober depan, berikutan semua kerja-kerja struktur awam untuk stesen bertingkat selesai.

“Kemajuan Laluan MRT SBK secara keseluruha­nnya sebanyak 86.52 peratus sehingga akhir Jun,” katanya.

Kemudahan sokongan, termasuk tempat letak kenderaan dan bas pengantara akan memulakan operasinya pada masa itu untuk memberi perkhidmat­an kepada orang ramai.

Mahmood berkata MRT Corp menyediaka­n 14 kemudahan tempat letak kenderaan pelbagai tingkat dan tempat letak kereta terbuka bagi Laluan MRT SBK yang sepanjang 51 kilometer.

“Ada 8,000 ruang tempat letak kenderaan yang boleh didapati di sepanjang laluan itu, dengan 1,200, masing-masing di stesen Sungai Buloh dan Kajang. Selebihnya di stesen di sepanjang laluan itu,” katanya.

Mahmood berkata bas pengantara Rapid Rail Sdn Bhd akan meliputi kawasan dalam lingkungan tiga kilometer di sekitar stesen dengan kekerapan 10 minit, tertakluk kepada keadaan lalu lintas.

“Bagi fasa pertama, sebanyak 140 bas akan digunakan untuk meliputi kawasan sekitar Stesen Sungai Buloh hingga Stesen Semantan.

“Bagi keseluruha­n laluan, sebanyak 300 buah bas akan disediakan. Banyak aspek diambil kira untuk memenuhi keperluan pengangkut­an awam yang bersepadu,” katanya. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia