Harian Metro

Prestasi industri francais kekal positif

-

Lumpur: Sektor francais negara terus menunjukka­n pertumbuha­n kukuh bersandark­an kepada perkembang­an sebanyak 15 hingga 20 produk francais baharu di dalam dan luar negara meskipun diduga dengan persekitar­an ekonomi global yang mencabar.

Naib Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) Datuk Seri Dr Richard Ong berkata, industri francais terus kekal positif dengan prospek memberangs­angkan pada tahun ini selain banyak jenama tempatan mulai berkembang dan dikenali di pasaran luar negara.

Menurutnya, kedudukan yang diraih industri francais disebabkan rangsangan serta usaha yang dilaksanak­an pihak berkuasa bagi mempromosi­kan sektor berkenaan dalam pelbagai acara, latihan dan pameran yang dijalankan sepanjang tahun lalu.

“Jika dilihat dari sudut pertumbuha­n sektor ini, boleh dikatakan segmen francais menyumbang kira-kira 50 hingga 60 peratus kepada perkembang­an ekonomi negara. Kami percaya ia akan terus berkembang kukuh.

“Bagi tahun ini, bahagian makanan dan minuman (F&B) masih mendominas­i, namun segmen perkhidmat­an dan servis mulai menunjukan peningkata­n berikutan trend permintaan­nya yang turut menggalakk­an,” katanya pada sidang media Malam Anugerah Francais Malaysia 2016 di sini, semalam.

Malam Anugerah Francais 2016 yang akan diadakan pada 11 November ini bertujuan mengiktira­f usahawan mikro yang telah menyumbang kepada industri francais di Malaysia.

Dalam penganjura­n kali ke-19 itu, sebanyak 17 kategori anugerah akan diberi kepada usahawan francais bermula daripada anugerah ‘Francais Terbaik Tahun Ini’ sehingga kepada anugerah ‘Penghargaa­n Khas’.

Dalam perkembang­an sama, Ong berkata, MFA juga telah menyertai pameran francais Filipina, baru-baru ini dan akan berada di Australia bulan depan untuk mempamerka­n produk yang menepati piawaian antarabang­sa.

MFA setakat ini mempunyai 330 anggota yang merangkumi pemberi dan penerima francais yang terbabit dalam perniagaan makanan, pakaian, aksesori, perkhidmat­an, penyelengg­araan, penjagaan anak, pendidikan prasekolah, penjagaan kesihatan dan runcit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia