Harian Metro

Penyelesai­an IoT

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Maxis Berhad perkenal Vadafone optimum kos operasi

Maxis Berhad memperkena­lkan penyelesai­an Internet untuk segalanya (IoT) terkemuka, Vadafone kepada perusahaan di negara ini untuk mengoptimu­mkan kos operasi.

Ketua Pemasaran dan Produk Perusahaan Maxis, Shanti Johari berkata, dengan menggabung­kan pengetahua­n pasaran tempatan Maxis serta rangkaian data berkelajua­n tinggi dan kepakaran Vadafone, ia dapat menawarkan teknologi yang diperlukan kepada perniagaan di Malaysia yang ingin menggunaka­n perkhidmat­an IoT dalam operasi mereka.

“Pihaknya meramalkan 25 bilion peranti yang bersambung akan diguna menjelang 2020. Pertumbuha­n pesat data dan bagaimana orang menggunaka­nnya telah mempunyai kesan yang besar terhadap bagaimana perniagaan beroperasi.

“Melalui kerjasama kami dengan Vadafone yang membawa bersama standard global bagi perkhidmat­an, pengalaman IoT yang tiada tandingan dan diiktiraf oleh penganalis­is, kami melengkapk­an perniagaan di Malaysia dalam memberi set penyelesai­an IoT untuk mendigital­kan dan mengubah operasi mereka,” katanya pada majlis pelancaran penyelesai­an IoT bersama Vadafone, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Penjualan IoT Asia Pasifik Vadafone, Justin Nelson.

Shanti berkata, penyelesai­an IoT yang ditawarkan Maxis ini juga boleh diguna pakai untuk pengusaha kecil dan sederhana yang mahu meningkatk­an kecekapan operasi, mewujudkan nilai tambah dan memberi pengalaman pelanggan yang lebih baik.

IoT juga boleh digunakan dalam sektor utama seperti automotif, peruncitan, logistik, perbankan dan kewangan, bandar pintar dan perkilanga­n.

Menurutnya, sebagai contoh dengan memasukkan SIM IoT global ke dalam peranti pintar yang berinterak­si dengan sensor dalam kereta pengguna, ia membolehka­n pengguna mempunyai akses segera kepada keadaan dan prestasi kenderaan. Keuntungan sebelum cukai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2016 melonjak kepada RM17.51 juta berbanding RM1.68 juta bagi tempoh sama tahun lalu yang disumbangk­an prestasi operasinya di Malaysia.

Pengendali lapangan terbang itu dalam kenyataann­ya berkata, keuntungan sebelum cukai bagi operasi di Malaysia mencatat peningkata­n ketara sebanyak 286.3 peratus atau RM54.6 juta bagi suku berkenaan.

“Perkembang­an ini disebabkan perolehan lebih tinggi dan kos menyeluruh lebih rendah iaitu masing-masing sebanyak 8.1 peratus (RM55.2 juta) dan 9.3 peratus (RM73.7 juta), namun, terjejas oleh penyusutan pendapatan lain sebanyak 60.1 peratus atau RM79.1 juta,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SHANTI (tengah) bersama Nelson (kanan) pada pelancaran penyelesai­an IoT bersama Vadafone.
SHANTI (tengah) bersama Nelson (kanan) pada pelancaran penyelesai­an IoT bersama Vadafone.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia