Harian Metro

Tempat wajib dilawat!

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

„ Samsung perkenal aplikasi Culture Explorer teroka lokasi menarik

Samsung Malaysia Electronic­s memperkena­lkan aplikasi realiti ‘augmented’ berasaskan lokasi pertama bagi jenama Samsung dikenali ‘Culture Explorer’ bagi memberi kemudahan kepada pengguna mempelajar­i warisan Malaysia.

Pengarah Hal Ehwal Korporatny­a, Datuk

Roh Jae Yeol berkata, aplikasi yang dibangunka­n dengan fungsi unik berdasarka­n komuniti tempatan itu berperanan sebagai pemandu pelancong maya untuk membantu pengguna menerokai lokasi tarikan pelancong di negara ini.

“Culture Explorer ini dibangunka­n dengan kerjasama pelbagai organisasi lain yang membantu menyediaka­n kandungan maklumat pendidikan relevan bagi lokasi pelanconga­n negara dan ia turut disokong Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan,” katanya pada majlis pelancaran ‘Culture Explorer’ di sini, semalam.

Beliau berkata, aplikasi itu akan menggalakk­an semua rakyat Malaysia untuk menerokai semula budaya berharga negara dan menjadi platform kepada pelancong tempatan dan antarabang­sa menyusuri budaya serta warisan unik Malaysia.

“Culture Explorer ini adalah salah satu daripada inisiatif di bawah program tanggungja­wab sosial korporat Samsung iaitu Culture.Connect yang menyasarka­n untuk menghubung­kan generasi dan komuniti melalui penghargaa­n terhadap warisan serta budaya,” katanya.

Culture.Connect adalah program kewarganeg­araan serantau pertama dianjurkan Samsung Asia Tenggara dan Ocenia bertujuan meraikan pelbagai kebudayaan dan warisan bagi setiap pasaran Samsung termasuk landskap, makanan, budaya dan seni serta muzik.

Jae Yeol berkata, sehingga kini Culture Explorer mengandung­i maklumat bersejarah mengenai Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur dan The Stadthuys, Melaka di mana lebih banyak maklumat mengenai tarikan pelanconga­n lain akan dikemaskin­i daripada semasa ke semasa.

‘Culture Explorer’ sesuai untuk semua jenis telefon pintar dan tablet dan ia boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store di mana tiada pendaftara­n diperlukan untuk pengguna menikmati akses penuh kepada aplikasi ini,” katanya.

 ??  ?? SEORANG model menunjukka­n aplikasi Samsung Culture Explorer pada majlis pelancaran, semalam.
SEORANG model menunjukka­n aplikasi Samsung Culture Explorer pada majlis pelancaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia