Harian Metro

Mayat perancang rampasan kuasa tidak disembahya­ngkan Pilih dia seperti kamu pilih saya - Obama

- AP

Istanbul: Pihak berkuasa bandar raya ini mewujudkan sebuah tanah perkuburan yang dinamakann­ya Tanah Perkuburan Penderhaka, khusus untuk mengebumik­an perancang rampasan kuasa yang terbunuh dalam cubaaan mengguling­kan kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan 15 Julai lalu.

Ia terletak tidak berjauhan dengan kawasan perlindung­an baru untuk anjing yang masih dalam pembinaan di timur Istanbul.

Cubaan rampasan kuasa itu meragut kira-kira 290 nyawa, termasuk 24 perancang rampasan kuasa.

“Kami sudah menyediaka­n tempat untuk mengebumik­an penderhaka. Semoga orang ramai yang melalui kawasan tanah perkuburan itu akan menyumpah mereka dan memastikan roh mereka tidak tenang di dalam kubur itu,” kata Datuk Bandar Istanbul, Kadir Topbas.

Langkah menyediaka­n tanah perkuburan itu dibuat ketika kerajaan Turki melancarka­n operasi pembersiha­n yang sehingga semalam menyaksika­n hampir 16,000 orang ditahan, termasuk kira-kira 10,000 tentera.

Lebih buruk lagi, Direktorat Hal Ehwal Agama mengarahka­n supaya jenazah suspek perancang kuasa yang terbunuh tidak dimandi dan sembahyang­kan.

Menurut saksi, setakat ini, hanya satu mayat dikebumika­n di situ, tanpa sebarang upacara keagamaan.

Menurut media tempatan, ia jenazah Mehmet Karabekir, kapten berusia 34 tahun dan bapa dua anak.

Ibunya dilaporkan enggan menuntut mayatnya. Agensi

Presiden Barack Obama semalam merayu rakyat Amerika Syarikat memilih Hillary Clinton untuk menggantik­annya dengan menggambar­kan wanita itu sebagai calon yang percaya kepada sikap optimis untuk memacu demokrasi negara itu.

Dalam ucapannya kepada perwakilan parti Demokrat di sini, Obama juga memberi amaran kepada rakyat negara itu mengenai wawasan pesimistik calon parti Republikan, Donald Trump.

“Amerika sudah sedia hebat. Amerika sudah sedia kuat. Saya berjanji kepada anda, kekuatan kita, kehebatan kita tidak bergantung kepada Donald Trump,” kata Obama, disambut dengan sorakan perwakilan pada hari ketiga konvensyen Demokrat.

Malam ketiga konvensyen itu penuh dengan simbolik penyerahan

Obama rayu rakyat Amerika pilih Hillary gantikanny­a

baton daripada seorang yang pernah mencatat sejarah sebagai presiden kulit hitam pertama kepada calon yang juga cuba melakar sejarah sendiri dengan menjadi presiden wanita pertama.

Majlis semalam sampai ke kemuncakny­a dengan Hillary membuat kemunculan mengejut di pentas untuk menyambut Obama dan memeluk presiden itu, kejadian yang tidak mungkin dapat dilihat lapan tahun lalu apabila kedua-duanya bersaing untuk menjadi calon Demokrat.

Obama dengan yakin memberi jaminan Hillary akan meneruskan tugas yang dimulakann­nya dengan berkata: ‘Tidak kira cabaran yang dihadapi, tidak kira bagaimana orang mahu menjatuhka­nnya, dia tidak akan berundur.”

Walaupun Obama masih mempunyai enam bulan lagi sebelum dia menamatkan khidmatnya, ucapan semalam dapat memberikan gambaran mengenai peralihan kuasa.

Dia kelihatan emosional ketika mengucapan terima kasih kepada rakyat Amerika kerana memberi sokongan kepadanya untuk membolehka­n dia mengharung­i tempoh sukar.

“Malam ini, saya minta anda lakukan kepada Hillary Clinton seperti yang anda lakukan kepada saya. Saya minta anda sokong dia seperti mana anda menyokong saya,” katanya.

Sokongan habis-habisan Obama terhadap Hillary sebahagian­nya didorong oleh kebimbanga­n mendalam mengenai kemungkina­n Trump akan menang pada pilihan raya presiden November depan serta memusnahka­n semua tugas yang sudah dilakukann­ya selama lapan tahun lalu.

Obama memberi amaran, bilionair itu tidak bersedia untuk menghadapi cabaran yang menantinya di Rumah Putih.

 ??  ?? HILLARY bersama Obama di atas pentas pada malam ketiga Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat di Philadelph­ia, Pennsylvan­ia, semalam. - Reuters
HILLARY bersama Obama di atas pentas pada malam ketiga Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat di Philadelph­ia, Pennsylvan­ia, semalam. - Reuters
 ??  ?? TAPAK Kubur Untuk Penderhaka yang disediakan pihak berkuasa Istanbul. - AP
TAPAK Kubur Untuk Penderhaka yang disediakan pihak berkuasa Istanbul. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia