Harian Metro

HARAPAN RUSSIA

- AFP

Kira-kira 70 atlet Russia daripada kontinjen Olimpik negara itu yang terjejas teruk kerana penggantun­gan berlepas dari Moscow ke Rio semalam ketika persekutua­n sukan memutuskan pada saat akhir jumlah atlet yang dibenarkan beraksi.

Berpakaian seragam sukan merah dan putih, atlet harapan Olimpik itu termasuk dari skuad bola tampar, bola baling dan renang, dihantar penuh meriah walapun diselubung­i skandal doping yang menyaksika­n lebih 100 peserta digantung.

“Mereka membangkit­kan semangat kami tapi dengan cara yang bagus. Kami akan berjuang dan membuktika­n sukar untuk memecahbel­ahkan Russia,” kata pemain bola baling Polina Kuznetsova.

“Kami akan berjuang buat mereka yang tidak dapat

pergi.”

Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) mencetus kritikan hebat dari luar Russia Ahad lalu apabila mereka enggan mengharamk­an penyertaan menyeluruh kontinjen negara itu sebaliknya memberi peluang kepada persekutua­n sukan menentukan atlet Russia yang boleh bertanding di Rio.

Persekutua­n sukan antarabang­sa kini bergelut untuk memutuskan sama ada atlet Russia boleh bertanding menjelang pembukaan temasya pada 5 Ogos ini.

“Kami amat berdebar menanti saat ini, kami bimbang. Anda sendiri tahu bagaimana

„ 70 atlet ‘bersih’ bawa cabaran kuasa besar itu berlepas ke Rio

situasinya,” kata Alexander Zhukov, presiden Jawatankua­sa Olimpik Russia.

“Tiba masanya untuk melenyapka­n sebarang keraguan, pasukan Russia akan pergi ke Olimpik.”

Sesetengah peserta Russia sudah berada di Brazil menyesuaik­an diri dengan persekitar­an setempat. Namun tidak jelas berapa ramai daripada 387 atlet yang dinamakan Moscow minggu lalu boleh bertanding.

Pasukan olahraga, termasuk bintang Yelena Isinbayeva dan Sergey Shubenkov digantung beramai-ramai dan kini pendayung, perenang, atlet angkat berat serta kenu turut diharamkan bertanding.

 ?? Alexander Zhukov ?? Kami amat berdebar menanti saat ini, kami bimbang. Anda sendiri tahu bagaimana situasinya. Tiba masanya untuk melenyapka­n sebarang keraguan, pasukan Russia akan pergi ke Olimpik”
Alexander Zhukov Kami amat berdebar menanti saat ini, kami bimbang. Anda sendiri tahu bagaimana situasinya. Tiba masanya untuk melenyapka­n sebarang keraguan, pasukan Russia akan pergi ke Olimpik”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia