Harian Metro

Sasar kejuaraan

- AFP

„ Aubameyang tekad julang gelaran bersama Dortmund musim depan

Bintang serangan Pierre-Emerick Aubameyang menyasarka­n kejuaraan musim depan bersama Borussia Dortmund, yang sudah berbelanja 117 juta euro (RM526 juta) membeli lapan pemain baharu dalam usaha memecah dominasi Bayern Munich di Jerman.

Aubameyang, 27, dikaitkan dengan perpindaha­n lumayan ke Manchester City kendalian Pep Guardiola, namun menafikan sebarang spekulasi apabila menyatakan dia mahu memenangi kejuaraan bersama Dortmund, yang mana dia mempunyai kontrak hingga 2020.

Bayern menang kejuaraan Bundesliga bagi empat musim

(gambar)

terakhir secara berturut-turut dan berdepan Dortmund bagi merebut Piala Super Jerman pada 14 Ogos ini.

Borussia, yang berakhir di tangga kedua liga utama Jerman musim lalu, sudah menjual pertahanan Mats Hummels kepada musuh Bayern Munich, manakala Ilkay Gundogan dan Henrikh Mkhitaryan masing-masing menyertai Manchester City dan United.

Namun Dortmund mengikat pemain tengah menyerang Jerman Andre Schurrle dari Wolfsburg dan Mario Goetze, yang kembali selepas tiga tahun bersama Bayern, sebagai sebahagian daripada lapan muka baharu.

“Saya mahu menang kejuaraan musim ini bersama Goetze dan Schurrle dalam pasukan,” ujar Aubameyang.

“Perpindaha­n mereka menakjubka­n, mereka akan membantu kami dan potensi kami semakin meningkat.

“Sasaran kami pastinya untuk memenangi sekurang-kurangnya satu kejuaraan,” jelas Pemain Terbaik Tahunan Afrika itu.

Penyerang Gabon itu menyumbat 39 gol dalam semua pertanding­an musim lalu ketika Dortmund menjaringk­an 82 gol dalam liga utama Jerman, dua lebih berbanding juara Bayern.

Di samping pemenang Piala Dunia Goetze dan Schurrle, Dortmund mengambil Marc Bartra dari Barcelona, Sebastian Rode dari Bayern, Emre Mor dari kelab Denmark, Nordsjaell­and, Ousmane Dembele dari Stade Rennes, Mikel Merino dari Osasuna dan Raphael Guerrero dari FC Orient.

 ??  ?? GOETZE
SCHURRLE
GOETZE SCHURRLE
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia