Harian Metro

Ranjau 42km

- Omar Osman sukan@hmetro.com.my

Trek berbukit dan laluan mencabar menanti pelumba pada acara sukan basikal lasak Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2016 Sirkit 1 yang diadakan di Kulim Hi-Tech Park, di sini, esok.

Pengarah Kejohanan Husain Jahit berkata pelumba juga bakal menempuh sungai serta laluan sempit yang hanya boleh dilalui sebuah basikal pada satu-satu masa.

“Laluan sejauh 42 kilometer ini menyediaka­n pelbagai bentuk halangan untuk dilalui peserta sekali gus menguji daya ketahanan fizikal, mental serta kemahiran teknikal berbasikal lasak.

“Bagi memastikan kelancaran kayuhan peserta pihak kami menyediaka­n tiga check point serta tiga lokasi untuk bekalan minuman,” katanya.

Menurutnya, pemilihan laluan yang mencabar berkenaan hasil kerjasama antara pasukan teknikal Cyclomotio­n dan kelab tempatan bagi memberi kepuasan kepada peserta menyertai saingan.

Sementara itu, beberapa peminat MTB yang menguji laluan menyifatka­nnya sebagai antara yang terbaik.

Mohd Shafari Abd Malik, 33, berkata trek berkenaan amat baik kerana mempunyai laluan bukit agak panjang, berbatu serta sungai yang mampu memberi cabaran teknikal.

Katanya, laluan berkenaan juga memerlukan pelumba berhati-hati sekali gus memerlukan kemahiran individu mengawal basikal ketika melalui pelbagai halangan.

“Trek ini pernah dilalui sebelum ini namun ada beberapa laluannya diubah. Ini yang bakal membuatkan pelumba perlu memerah keringat untuk melepasi halangan dan cukup mencabar dari mental serta fizikal.

“Bagi saya, trek ini cukup mencabar,” katanya.

Bagi Jimmy Lau

36, trek ini lebih bersifat teknikal kerana sebaik saja memasuki kawasan offroad,

(gambar),

pelumba akan berdepan dengan pelbagai halangan seperti selekoh tajam dan bukit panjang.

“Batu yang ada sepanjang

„ Trek berliku mencabar daya tahan fizikal, mental pelumba

laluan sedikit berbahaya dan menyukarka­n pergerakan basikal jika tidak berhati-hati, selain terdapat laluan curam dan licin.

“Biarpun laluan agak sukar, namun secara keseluruha­n trek ini memang terbaik dan memuaskan,” katanya.

Sementara itu, semua pelumba yang mendaftar boleh mengambil bag cenderahat­i dan nombor plat di meja urusetia di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park mulai jam 10 pagi hingga 10 malam ini.

Perlumbaan akan dilepaskan di depan kompleks sukan berkenaan pada jam 8 pagi dan akan melalui jalan raya sejauh 7 kilometer sebelum memasuki laluan offroad sekitar ladang Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta Kampung Sungai Ular.

 ??  ?? LALUAN sukar dan selekoh tajam bakal menanti pelumba.
LALUAN sukar dan selekoh tajam bakal menanti pelumba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia