Harian Metro

Laluan ditutup esok

- Azahar Hashim sukan@hmetro.com.my

Kulim: Beberapa laluan sekitar Kulim Hi-Tech Park terutama di kawasan Kompleks Sukan akan ditutup secara berperingk­at esok.

Ketua Polis Daerah Kulim Superinten­dan Abdullah Arshad berkata, Jalan Hi-Tech 13 berdepan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park hingga persimpang­an Jalan Hi-Tech 9 akan ditutup lapan jam bermula 12 tengah malam ini hingga selesai urusan pelepasan pelumba.

Menurutnya, penutupan sementara itu juga dilakukan bagi memudahkan pihak penganjur melakukan kerja persiapan di kompleks sukan terbabit.

Katanya, laluan berkenaan hanya ditutup sementara dan akan dibuka semula sebaik semua pelumba melaluinya.

“Selain itu, antara laluan lain yang akan ditutup sementara adalah persimpang­an lampu isyarat kompleks sukan ketika pelepasan pelumba sehingga masuk ke Lebuhraya Perdana dan memasuki persimpang­an lampu isyarat di Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim.

“Pelumba akan membelok ke kiri memasuki Jalan Serdang hingga ke persimpang­an lampu isyarat di Taman Merak sebelum memasuki Jalan Simpang Tiga Keladi ke simpang empat Taman Kenari dan terus ke kiri Jalan Kota Kenari 3 sehingga Jalan Kampung Padang Tembak.

“Seterusnya pelumba akan keluar dari laluan offroad Kampung Padang Tembak untuk menyeberan­gi Jalan Serdang dan masuk ke laluan ladang sebelum keluar mengikut Kilang Infineon untuk ke Jalan Hi-Tech 7 sehingga ke garisan penamat,” katanya.

Menurutnya, beliau akan menempatka­n anggota polis trafik di semua lokasi persimpang­an dan laluan yang akan dilalui pelumba untuk mengawal lalu lintas.

Katanya, orang ramai dinasihatk­an berhati-hati ketika melalui laluan terbabit dan jika mempunyai masalah mereka boleh menghubung­i Inspektor Azlan Saimi di talian 04-4904646 untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? PETA laluan pelumba pada Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2016 Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park, Kulim, esok.
PETA laluan pelumba pada Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2016 Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park, Kulim, esok.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia