Harian Metro

Perlu tahan 90minit PDRM tuntut pemain terus rentak

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Walaupun pemain sayap kiri Johor Darul Ta'zim (Johor DT) Mohd Azinee Taib mempamerka­n aksi konsisten namun pengendali skuad Mario Gomez masih belum berpuas hati dengan tahap stamina anak buahnya itu.

Gomez berkata, sebagai pemain Azinee harus mampu beraksi selama 90 minit perlawanan dan bukannya sekadar 75 minit hingga terpaksa dikeluarka­n akibat keletihan.

Katanya, kelicikan Mohd Azinee sering mengeliruk­an benteng pertahanan Kelantan yang dikendalik­an Velizar Popov hingga memaksa lawan berhempas pulas mengekang larian pantas pemain itu namun apa yang menimbulka­n masalah adalah apabila dia tidak dapat bertahan hingga tamat perlawanan.

“Azinee ialah pemain berkeboleh­an dan dia sentiasa memberi tekanan terhadap benteng Kelantan tetapi apa yang menggusark­an saya dia tidak boleh bertahan sehingga tamat perlawanan.

“Masa perlawanan 90 minit dan bukannya 75. Dia kena tingkatkan lagi stamina untuk terus beri sumbangan kepada pasukan malah saya optimis masalah itu dapat diatasi dalam tempoh terdekat,” katanya.

Mengulas mengenai aksi perlu diharungi Johor DT dalam jadual yang disifatkan padat, pengendali dari Argentina itu menegaskan betapa penggilira­n pemain akan dilakukan bagi memastikan semua mereka dapat berehat secukupnya.

Beliau menambah, aksi seterusnya ialah menentang Perak pada kempen Kumpulan C Piala Malaysia dan kemungkina­n ada perubahan dalam kesebelasa­n utama tetapi beliau yakin pemain simpanan yang diturunkan nanti tetap seimbang.

Malah, beliau juga menyifatka­n pertembung­an menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam esok penting untuk memburu kemenangan pertama selepas mencatat dua keputusan seri ketika menentang PKNS dan PDRM.

“Ada baki tiga perlawanan pada saingan kumpulan dan kita harus kutip mata penuh apabila berdepan Perak untuk menamatkan pusingan pertama dan saya jangkakan ia pertembung­an sengit,” kata Gomez. Melaka: Jurulatih PDRM Mohd Fauzi Pilus mahu anak buahnya meneruskan momentum kemenangan pada baki saingan Liga Super musim ini selepas mereka menewaskan Terengganu 2-0 dalam pertemuan di Kuala Terengganu, kelmarin.

Baginya, kejayaan itu secara tidak langsung melonjakka­n moral pemain untuk lebih agresif menerusi kemenangan keempat dan memperbaik­i kedudukan di tangga ketujuh liga setakat ini.

Mohd Fauzi berkata, pemain perlu berusaha membentuk persefaham­an jitu serta mengelak sebarang kekalahan dan pada masa sama berusaha mengumpul mata penuh dalam setiap perlawanan.

Beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan prestasi turun naik anak buahnya selepas tewas di tangan FELDA United Jumaat lalu walaupun sebelum itu mengikat Johor Darul Ta’zim di pentas Piala Malaysia.

“Prestasi semasa pemain agak menggusark­an. Saya berharap mereka mampu mengekalka­n prestasi sama seperti dipamerkan ketika mengalahka­n Terengganu. Aksi sedemikian perlu dikekalkan apabila berdepan PKNS di Shah Alam, Sabtu ini (esok).

“Jika mereka mampu kekalkan rentak itu, tidak mustahil PKNS boleh dijinakkan, sekali gus melonjakka­n kedudukan kami dalam carta Kumpulan C Piala Malaysia,” katanya.

Namun, apa yang lebih membimbang­kan Mohd Fauzi adalah beberapa anak buahnya yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan berikutan jadual padat saingan liga dan Piala Malaysia.

Sehubungan itu, beliau amat mengharapk­an pemain yang mengalami kecederaan termasuk import Singapura Mohd Safuwan Baharudin, pulih segera kerana khidmat mereka amat diperlukan ketika berdepan PKNS.

„ Gomez mahu Azinee tingkat tahap stamina

 ??  ?? AZINEE (kanan) diasak pemain Kelantan Daudsu Jamaluddin pada perlawanan Liga Super, kelmarin.
AZINEE (kanan) diasak pemain Kelantan Daudsu Jamaluddin pada perlawanan Liga Super, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia