Harian Metro

Kami tiada masalah: Hasbullah

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: “Kami tidak ada masalah dalaman.” Itu pengakuan ikhlas kapten T-Team Mohd Hasbullah Awang ketika mengulas punca kemerosota­n mendadak pasukannya dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Hasbullah ketika ditemui sebelum berlepas ke Stadium Sarawak menjelang pertemuan dengan skuad Bujang Senang itu pada kempen Piala Malaysia malam ini turut mengaku dia bersama rakan sepasukan tidak mempunyai masalah dengan jurulatih dan pihak pengurusan.

“Sebagai pemain, kami sudah melakukan yang terbaik dan sentiasa berazam untuk menang dan mengelak daripada kalah tapi malangnya keputusan tidak memihak kepada kami.

“Selain itu barisan jurulatih juga sentiasa menerapkan taktikal berbeza setiap kali beraksi berdasarka­n pasukan ditentang, tapi kami terus gagal menemui sentuhan kemenangan dan ini mungkin belum rezeki kami lagi selain kepenatan akibat jadual padat,” katanya.

Berdasarka­n rekod aksi selepas cuti, skuad bimbingan Rahmad Darmawan mencatat tiga kekalahan berturut-turut kepada Pulau Pinang dan Kedah dalam aksi Piala Malaysia serta di tangan Sarawak pada saingan liga. Mereka bagaimanap­un seri ketika menentang Johor Darul Ta`zim II.

Mengulas lanjut, bekas pertahanan Terengganu itu berharap rakan sepasukan tidak cepat berputus asa sebaliknya perlu menampilka­n aksi bertenaga malam esok sekali gus membalas dendam kekalahan lalu.

“Saya harap skrip kekalahan tidak akan berulang pada pertemuan kali kedua berturut-turut dengan Sarawak kerana tiga mata penting untuk mengintai dua kedudukan terbaik dalam Kumpulan A saingan Piala Malaysia.

“Saya turut menasihati diri dan rakan sepasukan supaya bermain tanpa tekanan biarpun kami akan beraksi di stadium lawan yang sudah pasti dibanjiri penyokong setia mereka,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN T-Team Mohd Asrol Ibrahim (kanan) mengasak pemain Sarawak Junior Aparecido Guimaro D Souza, kelmarin.
PEMAIN T-Team Mohd Asrol Ibrahim (kanan) mengasak pemain Sarawak Junior Aparecido Guimaro D Souza, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia