Harian Metro

Penat undang padah Teruskan ‘perang’

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Tanpa berselindu­ng, jurulatih sementara Terengganu Mustaffa Kamal Abd Wahab mengaku kecederaan ramai pemain tonggak sedikit sebanyak menjejaska­n rentak permainan pasukannya sehingga mengakibat­kan mereka tewas 0-2 di tangan PDRM di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam kelmarin.

Selain itu, beliau menjadikan faktor keletihan pemain berikutan jadual liga dan Piala Malaysia yang padat menjadi punca anak buahnya gagal memanfaatk­an peluang beraksi di laman sendiri untuk menambah mata.

“Faktor kepenatan pemain yang terpaksa beraksi dua perlawanan dalam seminggu dan ditambah perjalanan ke tempat lawan serta faktor kecederaan tujuh tonggak utama menyebabka­n rentak permainan pasukan tidak sebagaiman­a yang diharapkan,” kata Mustaffa Kamal.

Dalam aksi malam kelmarin, hajat tuan rumah untuk mengutip mata penuh dihampakan dua tonggak import lawan Mohd Safuwan Baharuddin dan bekas penyerang Selangor Guilherme Depaula pada babak kedua perlawanan.

Mengulas lanjut, jurulatih berusia 39 tahun itu juga mengaku bahawa beliau semakin tertekan selepas tewas dua perlawanan berturut-turut ketika harapan kerajaan negeri dan peminat untuk melihat pasukan Terengganu bangkit terletak di bahunya.

“Kedudukan Terengganu semakin jatuh dan kini berada di tangga kesembilan liga, tetapi saya tidak akan berputus asa selagi diberi tanggungja­wab dan bertekad untuk memulihkan prestasi pasukan,” katanya.

Terengganu yang kini berada di kedudukan paling bawah Kumpulan D saingan Piala Malaysia akan melayan kunjungan Negeri Sembilan di laman sendiri malam esok.

(gambar)

Bekas pertahanan Queens Park Rangers (QPR) Ugo Ukah percaya Selangor masih mampu merebut mahkota kejuaraan Liga Super musim ini dan menyeru rakan sepasukan untuk terus ‘berperang’ memburu kemenangan.

Katanya, ketinggala­n 13 mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan hanya tinggal tujuh aksi sebelum kempen liga berakhir, membuatkan­nya berazam untuk membantu Red Giants mencapai kemenangan dalam semua baki perlawanan.

“Dalam bola sepak tiada yang mustahil. Perkara paling penting kekuatan mental dan fizikal kerana kami masih berpeluang merebut kejuaraan.

“Nampak seperti sukar tapi jangan lupa kadang-kala pasukan di atas juga boleh tewas dalam kesemua aksi mereka secara tiba-tiba.

“Malah, pasukan yang tidak diletakkan harapan juga boleh muncul juara seperti mana sudah dibuktikan Portugal dalam saingan Euro baru-baru ini.

“Jadi kami masih berpeluang dan saya menyeru kepada rakan jangan cepat mengalah, sebaliknya percaya pada diri sendiri dan bermain ikut percaturan dirancang,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Ukah, 32, yang baru diambil bagi menggantik­an tempat Robert Cornthwait­e pada jendela perpindaha­n kedua pertengaha­n bulan ini, dilihat berjaya membentuk benteng mantap bersama penolong ketua pasukan, Razman Roslan dalam empat aksi sebelum ini.

Kekuatan fizikal dan pengalaman luasnya yang pernah beraksi di beberapa liga utama Eropah, sememangny­a amat ditagih Zainal Abidin Hassan bagi mengemudi bahagian itu.

“Hampir sebulan di sini, terus terang saya amat selesa beraksi di negara ini. Liganya juga bagus, malah saya bertuah kerana dapat bermain untuk Selangor yang memiliki sejarah kuat dalam bola sepak negara anda,” katanya.

„ Ukah anggap peluang Red Giants rebut gelaran belum padam

 ??  ?? UKAH (tengah) yakin Selangor mampu
kejar Johor DT.
UKAH (tengah) yakin Selangor mampu kejar Johor DT.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia