Harian Metro

Kena menang semua aksi: Zainal

-

Kuala Lumpur: Skuad Red Giants belum bersedia mengibarka­n bendera putih biarpun peluang merebut kejuaraan Liga Super dilihat agak tipis susulan kekalahan 1-2 kepada FELDA United kelmarin.

Pengendali Selangor Zainal Abidin Hassan berkata, kekalahan itu bukan penamat buat pasukannya kerana saingan masih berbaki tujuh perlawanan dan mengharapk­an keajaiban mengiringi perjuangan anak buahnya.

Jelasnya, jika sasaran untuk menjuarai Liga Super musim ini tidak kesampaian, Zainal mahu pemainnya cuba mencatatka­n kemenangan dalam kesemua baki aksi.

“Bagi saya, kami kena habiskan liga ini dengan keputusan yang baik. Saya sudah bercakap kepada pemain, mereka harus berjuang sampai ke perlawanan terakhir.

“Jika kami menang semua aksi dan duduk di tempat ketiga, Alhamdulil­lah. Kami takkan mengibar bendera putih ketika ini, sebaliknya akan terus berusaha memperbaik­i kedudukan liga.

“Selepas kehilangan tiga mata ini, ia mendekatka­n pasukan di bawah dengan kami. Jadi kami tidak boleh mensia-siakan mata terutama apabila bermain di tempat sendiri,” katanya sejurus tamat aksi di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Menurut Zainal, secara keseluruha­n beliau tidak berpuas hati dengan persembaha­n pemainnya terutama pada babak kedua.

Katanya, pemainnya berjaya mengimbang­i asakan pasukan Irfan Bakti Abu Salim dan hampir mendapatka­n jaringan penyamaan pada minit-minit akhir babak kedua namun tolakan tinggi Nazmi Faiz Mansor agak mengecewak­annya walaupun pintu gol sudah ternganga.

“Bagi saya kami mensia-siakan banyak peluang dan saya tak tahu jenis peluang macam mana yang pemain mahukan untuk melakukan jaringan.

“Pastinya saya tidak gembira kerana kami melepaskan banyak mata dan dengan sedikit kesilapan kami dihukum. Dalam bola sepak apabila anda mencipta peluang, anda harus menyudahka­nnya,” katanya.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia