Harian Metro

Indra sedia kerah kudrat demi Harimau Malaysia

-

Kuala Lumpur: Ketua pasukan Kelantan Indra Putra Mahayuddin sedia menyahut seruan pasukan Harimau Malaysia seandainya khidmatnya ditagih pengendali negara Datuk Ong Kim Swee susulan persaraan empat tonggak utama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) minggu lalu.

Ketika usianya bakal menjangkau 35 tahun pada 2 September ini, Indra dilihat begitu bersemanga­t untuk membantu skuad kebangsaan dengan tonggak yang sarat pengalaman itu mahu menjadikan pentas Piala AFF kali ini sebagai penampilan terakhir bersama negara.

“Jika diberi peluang jurulatih (Kim Swee) saya pasti akan melakukan yang terbaik kerana anggap ia panggilan harus disahut.

“Mungkin saingan AFF ini berpotensi menjadi kejohanan yang terakhir sebelum memikirkan sebarang kemungkina­n bersara daripada pasukan kebangsaan.

“Namun buat masa sekarang, saya sentiasa terbuka kerana selagi masih ada kudrat,

>>FMLLP membenarka­n pendaftara­n sehingga 30 pemain berbanding 25 musim lalu

saya bersedia berjuang demi tanah air tercinta dan berkhidmat bersama pasukan negara,” katanya yang turut beraksi pada Piala AFF 2014 yang menyaksika­n pasukan negara mara ke perlawanan akhir namun terpaksa akur kepada kehebatan anak buah Kiatisuk Senamuang apabila tewas 3-4 secara agregat.

Malah, dalam aksi final dua tahun lalu itu juga menyaksika­n pemain kelahiran Ipoh, Perak itu berjaya menyumbang­kan satu gol menerusi tandukan kemas sekali gus menggembir­akan ribuan penyokong negara di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai persaraan empat pemain Johor DT daripada pentas antarabang­sa hingga menimbulka­n pelbagai kontrovers­i, dia menjawab: “Itu pilihan mereka.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut, tapi apa yang mereka buat kita kena terima dan hormati.”

 ?? Indra Putra Mahayuddin ?? Jika diberi peluang jurulatih (Kim Swee) saya pasti akan melakukan yang terbaik kerana anggap ia panggilan yang harus disahut”
Indra Putra Mahayuddin Jika diberi peluang jurulatih (Kim Swee) saya pasti akan melakukan yang terbaik kerana anggap ia panggilan yang harus disahut”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia