Harian Metro

Dulu semua setuju...

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

„ FMLLP nafi dakwaan abai kebajikan pemain, jadual perlawanan sudah dipersetuj­ui semua pasukan pada awal musim

Lialibity Terhad Kerjasama Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengkritik dakwaan pihaknya tidak mengambil peduli soal kepenatan susulan jadual Liga Malaysia (Liga-M) disusun begitu padat hingga menjejaska­n momentum kebanyakan pasukan musim ini.

Sebaliknya, FMLLP meminta semua pihak memahami kekangan masa yang menyaksika­n kesemua aksi Liga-M seperti Liga Super, Liga Perdana dan Piala Malaysia wajib dihabiskan penghujung Oktober bagi memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan yang akan beraksi dalam saingan Piala AFF pada November nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam, tidak timbul isu pihaknya mengabaika­n soal kebajikan pemain dan pasukan kerana jadual itu sudah dipersetuj­ui kesemua pengurus dan jurulatih ketika mesyuarat dan bengkel dijalankan pada awal musim ini.

“Kami ambil maklum mengenai dakwaan beberapa pemain dan jurulatih mengenai kepadatan jadual liga dan sebagainya. Namun saya rasa mereka semua sebenarnya faham mengapa jadual terpaksa disusun seperti itu.

“Kami tidak kejam, sebaliknya dari awal lagi sudah melonggark­an beberapa syarat kepada pasukan bertanding. Antaranya, untuk musim ini kami membenarka­n pendaftara­n hingga 30 pemain berbanding 25 bagi membantu pasukan mengatasi masalah kepenatan dan kecederaan.

“Kedua, pemain Piala Presiden juga boleh didaftarka­n hingga lima pemain berbanding hanya seorang sebelum ini, dan ia sekali gus dapat memberi pendedahan berguna kepada pemain muda.

“Apa yang saya dapati, hanya ada beberapa pasukan termasuk

Johor DT (Johor

Darul Ta’zim) yang menggunaka­n kesemua pemain mereka dalam senarai didaftarka­n. Selebihnya hanya bergantung kepada 16 atau 17 pemain sama pada setiap aksi,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menerusi laporan Arena Metro semalam, penyerang import FELDA United Francis Forkey Doe dan pengendali Kelantan, Velizar Popov merungut mengenai kepadatan jadual yang mengganggu tumpuan pemain dan pasukan.

Malah, Presiden Persatuan Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar turut menggesa FMLLP mengkaji semula jadual liga yang jelas menyeksa pemain apabila terpaksa

bergelut dengan stamina dan kecederaan.

“Saya ada membaca di akhbar mengenai cadangan PFAM yang meminta supaya jadual dirombak semula.

“Untuk itu saya sudah menjemput mereka melakukan perjumpaan bagi menerangka­n kekangan yang berlaku di pihak kami.

“Kemudian, saya juga akan meminta pandangan dan cadangan mereka bagi membaik pulih supaya di masa depan masalah ini tidak berulang. Tapi untuk diubah musim ini, rasanya tidak boleh.

“Namun untuk musim depan, kami akan cuba mulakan liga pada bulan Januari bagi mengelakka­n masalah sama berlaku,” katanya. meminta Norza untuk beri taklimat kepada Tunku Ismail dan saya akan mengadakan perbincang­an susulan sebab dalam formula ini ada pembabitan beliau,” katanya.

Ketika ditanya adakah formula itu mampu memujuk empat tonggak dari Johor DT Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal yang bersara di pentas antarabang­sa kembali menyarung jersi kebangsaan, Khairy berkata formula dirancangk­an itu tidak memberi fokus kepada pemain berkenaan.

“Mungkin ya, mungkin tidak (kembali dari persaraan), tapi formula ini tak bergantung kepada empat pemain itu. Formula ini lebih besar, saya percaya kalau berjaya akan meletakkan landasan pembanguna­n bola sepak kita untuk lima hingga 10 tahun akan datang,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia