Harian Metro

FAM, Tunku Ismail tentu formula Khairy

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Formula yang mahu dicetuskan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hanya akan menjadi kenyataan jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat bekerjasam­a dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hakikat itu diakui sendiri Khairy yang menyatakan formula membabitka­n kedua-dua pihak itu jika berjaya bukan saja mampu menyelesai­kan pertelingk­ahan malah boleh meletakkan bola sepak negara dalam landasan terbaik bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Saya kena muktamadka­n formula ini dengan TMJ (Tunku Mahkota Johor), selepas itu saya akan bentangkan kepada Exco FAM untuk mendapatka­n kelulusan.

“Saya sudah menghadap Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Presiden FAM) dan beliau perkenan formula itu, jadi saya harap dapat umumkan (formula itu) sebelum pergi ke Rio (Brazil) nanti.

“Saya rasa formula ini yang terbaik, membabitka­n semua pihak yang dapat menyelesai­kan kemelut, supaya tak ada pertikaman lidah di luar dan sebagainya.

“Semua pihak akan mainkan peranan, kita akan melihat satu pembaharua­n dalam FAM, satu formula yang membabitka­n semua pihak untuk membantu pembanguna­n bola sepak,” katanya dalam sidang media di Istana Negara semalam.

Kemelut melanda FAM selepas Tunku Ismail mendakwa memiliki ‘pendrive’ yang mengandung­i bukti penyelewen­gan dan salah laku pegawai badan induk itu.

Kelmarin dalam laman media Facebook Johor Southern Tigers memaklumka­n Tunku Ismail diberikan taklimat oleh Bendahari FAM Datuk Seri Norza Mohamad Zakaria mengenai laporan kewangan dan beliau menegaskan banyak perkara yang perlu dibetulkan oleh badan induk itu.

Khairy mengakui mengarahka­n Norza untuk bertemu dengan Tunku Ismail.

“Semalam (kelmarin) saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia