Harian Metro

‘Dia makan pil untuk kurus’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) bersedia mengemukak­an rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengurangk­an hukuman penggantun­gan dua tahun dikenakan ke atas pemainnya Muhammad Shafiq Jamal atas kesalahan gagal ujian doping.

Shafiq, 28, bersama seorang lagi pemain muda Perak Muhammad Firdaus Saiyadi digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak bermula 9 Jun lalu hingga 8 jun 2018 oleh Jawatankua­sa Tatatertib FAM kelmarin kerana didapati bersalah melanggar ‘Artikel 6 Peraturan AFC Anti-Doping 2016’ berkenaan ‘Peraturan Anti-Doping’.

Menurut Setiausaha Kehormat PDRM FA Zulkefly Yahya, pihaknya masih berharap hukuman pemain penyerang itu dapat dikurangka­n.

“Kami akan membuat rayuan terhadap hukuman itu kerana dia (Shafiq) tidak berniat melakukan kesalahan itu kerana tidak tahu.

“Dia mengambil pil untuk menguruska­n badan di farmasi berlesen dan mempunyai bukti ubat itu. Memang dia cuai kerana tidak merujuk kami mengenai pil itu tapi dia membeli di farmasi berlesen.

“Memang kami berharap hukuman ini boleh dikurangka­n,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Shafiq dan Firdaus didapati positif menggunaka­n bahan terlarang methamphet­amine stimulant hasil ujian rambang Jawatankua­sa Perubatan Sukan FAM selepas perlawanan Liga Super antara kedua-dua pasukan di Stadium Hang Jebat pada 4 Mei lalu.

„ The Cops sedia rayu FAM ringan hukuman Shafiq

Bagaimanap­un, kedua-dua pemain berkenaan meminta untuk melakukan ujian sampel B namun keputusan ujian itu tetap positif.

Ini kes pertama membabitka­n pemain menggunaka­n bahan terlarang selepas pemain Kelantan Zamri Ramli gagal ujian doping pada final Piala FA 2013 menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

 ??  ?? SHAFIQ digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak sehingga
8 jun 2018.
SHAFIQ digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak sehingga 8 jun 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia