Harian Metro

FAM perhalusi dakwaan TMJ

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan melihat secara terperinci semua aspek berhubung dakwaan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan penyelewen­gan yang berlaku dalam badan induk kebangsaan itu.

Timbalan Presidenny­a Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, beberapa siri perbincang­an akan dilakukan untuk menyelesai­kan masalah berkenaan.

“FAM sentiasa bersedia untuk membuat berbincang dengan Tunku Ismail dan kita perlu melihat semua aspek,” katanya ketika ditemui selepas Program Kitar Semula (3R), Pengasinga­n Sisa Di Punca dan Pengurusan Sisa Industri anjuran bersama Mara di Pejabat Pengurusan MARA Enterprene­ur Park Pengkalan Chepa, semalam.

Turut hadir, Pengarah MARA Kelantan Ismail Abdullah.

Afandi berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung kunjungan hormat Bendahari FAM Datuk Seri Norza Zakaria ke atas TMJ kelmarin untuk memberi penerangan berkaitan keadaan pengurusan kewangan badan induk itu.

Tunku Ismail pada 18 Julai lalu menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers mendakwa amalan rasuah berpanjang­an berlaku dalam FAM sejak 30 tahun lalu termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Afandi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berkata, laporan lengkap pertemuan Bendahari FAM dengan TMJ itu akan dikeluarka­n dalam masa terdekat.

“Kita tunggu laporan berkenaan kerana saya juga mengetahui perjumpaan di antara Datuk Seri Norza dengan Tunku Ismail melalui laporan akhbar.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut dan kita tunggu laporan berkenaan yang pasti akan dikeluarka­n dalam masa terdekat,” katanya.

„

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Datuk Seri Afandi Hamzah ?? Kita tunggu laporan berkenaan kerana saya juga mengetahui perjumpaan di antara Datuk Seri Norza dengan Tunku Ismail melalui laporan akhbar”
Datuk Seri Afandi Hamzah Kita tunggu laporan berkenaan kerana saya juga mengetahui perjumpaan di antara Datuk Seri Norza dengan Tunku Ismail melalui laporan akhbar”
 ??  ?? IMBASAN keratan Harian Metro mengenai dakwaan TMJ kepada FAM.
IMBASAN keratan Harian Metro mengenai dakwaan TMJ kepada FAM.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia