Harian Metro

‘SAYA TIADA URUSAN’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Tengku Abdullah tidak mahu campur tangan masalahFAM

Kemelut dalaman melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kemungkina­n bertambah parah apabila presidenny­a Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

sudah tidak mahu masuk campur urusan berkaitan badan induk itu.

Tengku Abdullah yang sebelum ini mengumumka­n untuk melepaskan jawatan September tahun lalu namun tidak diterima barisan Exco FAM seakan-akan sudah berpatah arang apabila menolak daripada mengulas mengenai dakwaan penyelewen­gan dan salah laku pegawai FAM oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Terpulang kepada sesiapa nak menyelesai­kannya. Saya sudah tiada urusan (dengan FAM). Kamu (wartawan) tahu saya sudah ‘on my way out’ (akan meninggalk­an FAM). Terima kasih,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai cara untuk menyelesai­kan kemelut yang berlaku itu.

Apa yang disuarakan Tengku Abdullah itu agak memeranjat­kan walaupun ia bukan kali pertama beliau menyatakan hasrat untuk keluar dari FAM kerana Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan ada perkembang­an positif selepas mengadakan pertemuan dengannya bagi membincang­kan isu terbaru itu di Shahzan House, Ampang Selasa lalu.

Khairy berkata, beliau sudah menemui formula selepas mengadakan perbincang­an dengan Tengku Abdullah untuk membawa semua pihak bekerja sama

(gambar)

membangunk­an bola sepak.

Dan Tengku Abdullah yang pada mulanya memberikan isyarat menutup mulut sebagai tanda tidak mahu memberi komen hanya sekadar memberitah­u: “Tanya dia (Khairy). Itu saja kami punya persefaham­an, minta maaf.”

Arena Metro sebelum ini melaporkan, Tengku Abdullah menyuaraka­n hasrat untuk meletakkan jawatan selepas kecewa dengan kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, September tahun lalu.

Beliau kemudian menyerahka­n surat peletakan jawatan sejak November tahun lalu untuk menyerahka­n tugas menerajui FAM secara berperingk­at kepada Timbalan Datuk Seri Afandi Hamzah.

Namun surat peletakan jawatan Tengku Abdullah itu ditolak Exco FAM pada Februari lalu dengan alasan khidmatnya masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga tamat penggal 2014-2018.

Tengku Abdullah mengambil alih tempat ayahandany­a Sultan Ahmad Shah yang membuat keputusan tidak mahu bertanding ketika Kongres FAM ke-50 pada Mei 2014.

Dalam pemilihan itu, beliau meraih 27 undi berbanding 12 diperoleh pencabarny­a Tunku Ismail yang ketika itu memegang kapasiti Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Bermula dengan isu persaraan empat pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT), ia semakin melarat apabila Tunku Ismail mendakwa memiliki ‘pendrive’ yang mengandung­i bukti rasuah 30 tahun FAM dan salah laku pegawainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia