Harian Metro

Sokongan diraja

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Tuanku Abdul Halim cemar duli serah Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Rio

Majlis penyerahan Jalur Gemilang disempurna­kan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah akan menjadi pemangkin semangat kepada kontinjen negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016.

Kehadiran Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang berkenan mencemar duli menyempurn­akan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 di Istana Negara semalam dianggap penghormat­an besar kepada kedua-dua kontinjen negara itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar percaya dan yakin majlis disempurna­kan Yang di-Pertuan Agong itu mampu memberikan semangat luar biasa kepada atlet selepas mereka menerima mandat daripada ketua negara.

Bagaimanap­un Khairy menegaskan tiada sasaran tertentu diletakkan kepada barisan atlet Olimpik negara kerana tidak mahu memberi tekanan kepada mereka, namun percaya dan yakin setiap atlet tahu akan tugas mereka.

“Harapan tinggi disandarka­n kepada semua atlet agar mampu membuat kejutan untuk negara. Semoga mereka dapat menunjukka­n prestasi terbaik di kedua-dua temasya itu nanti.

“Saya amat yakin kedua-dua kontinjen kali ini mampu membuat yang terbaik berdasarka­n persiapan rapi semua pihak, bukan hanya atlet, jurulatih malah persatuan sukan juga,” katanya.

Majlis yang berlangsun­g di Istana Negara itu menyaksika­n Tuanku Abdul Halim menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tan Sri Al Amin Abdul Majid yang kemudianny­a diserahkan kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Pada majlis sama Tuanku Abdul Halim turut menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Paralimpik negara, Dr Ang Kean Koo sebelum diserahkan kepada atlet angkat berat, Jong Yee Khie.

Atlet memanah paralimpik, Yuhaizam Yahya diberi kepercayaa­n membaca ikrar.

Temasya Olimpik kali ini menyaksika­n kontinjen negara akan diwakili 32 atlet dalam sembilan jenis sukan.

Badminton mempunyai wakil teramai dengan lapan atlet diikuti terjun (6), golf (4), memanah (3), pelayaran, basikal, renang, olahraga (2) dan masing-masing satu dari angkat berat, menembak dan renang terbuka.

Khairy turut memaklumka­n kerajaan akan memberi ganjaran di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan Olimpik bernilai RM1 juta kepada pemenang pingat emas, RM300,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa).

 ??  ??
 ??  ?? TUANKU Abdul Halim (kanan) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Al-Amin.
TUANKU Abdul Halim (kanan) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Al-Amin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia