Harian Metro

Liu Ying enggan dabik dada Hafifi tak hirau sakit demi aksi Olimpik

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ Gandingan ke-10 dunia idam sumbang pingat

Kuala Lumpur: Jaguh angkat berat negara Hafifi Mansor mengenepik­an kesakitan ke Olimpik Rio untuk tidak mensia-siakan peluang diperolehn­ya.

Atlet dari Terengganu berusia 26 tahun itu dipilih Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) mewakili negara selepas Malaysia berjaya meraih satu tiket dalam acara berpasukan di Uzbekistan pada Mei lalu. Bagaimanap­un Hafifi yang baru pulang selepas menjalani latihan di China mengakui bahu kanannya mengalami kecederaan semasa berada di sana.

“Saya mungkin dibekalkan ubat tahan sakit agar mampu mengharung­i pertanding­an

(gambar)

Pemain beregu campuran negara Goh Liu Ying percaya setiap pasangan mempunyai peluang meraih pingat di pentas Olimpik Rio yang bermula awal bulan depan.

Jelas Liu Ying, tiada pasangan boleh mendabik dada dalam kategori mereka kerana tiada pasangan yang dominan.

Liu Ying yang berganding­an dengan Chan Peng Soon di Olimpik Rio melakar sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara mara ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Malah pasangan ke-10 dunia itu turut mahu menyumbang pingat selepas hanya perseorang­an lelaki dan beregu lelaki negara yang menaiki podium di Olimpik selama ini.

“Setiap pemain berpeluang meraih pingat, tiada siapa boleh mengatakan mereka juara. Kami akan memberikan tentangan sepenuhnya yang dijadualka­n pada 9 Ogos nanti.

“Kecederaan ini berlaku ketika di Uzbekistan tempoh hari namun saya tetap bersemanga­t dan yakin mampu memberikan yang terbaik di sana nanti,” katanya.

Kali terakhir atlet angkat berat ke Olimpik adalah di Beijing 2008 menerusi Amirul Hamizan Ibrahim dalam kategori 56 kilogram dan menamatkan saingan pada kedudukan kelapan.

Hafifi yang bersaing dalam kategori 69kg diharapkan mampu mengatasi pencapaian itu selain memecahkan rekod kebangsaan miliknya iaitu angkatan 325kg.

“Semua program latihan di China berjalan lancar seperti yang dirancang. Baki dua minggu, saya mampu melakukan angkatan yang baik untuk bersaing di Rio,” tambahnya. pada setiap perlawanan.

“Persediaan kami berada di landasan tepat, jadi saya berharap mampu melakar kejutan di Rio nanti,” jelas pemain berusia 27 tahun itu.

Pasangan beregu campuran negara itu antara yang dilabel mampu melakar kejutan selain sandaran utama terhadap Datuk Lee Chong Wei.

“Saya pasti tekanan akan berbeza di Olimpik, keadaan pasti lebih tegang berbanding kejohanan besar lain namun kami sudah bersedia menghadapi­nya.

“Saya berharap tempoh 10 hari tiba lebih awal di Rio mampu membantu kami membiasaka­n diri dan mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan pertanding­an,” katanya. Kuala Lumpur: Seperti dijangka Datuk Nicol David tidak berdepan masalah melakar kemenangan kedua berturut-turut apabila menumbangk­an pemain ke-10 dunia dari India Joshna Chinappa semalam.

Pada aksi kedua Kumpulan A di Kejohanan Jemputan Skuasy Wanita yang berlangsun­g di Bukit Jalil, Nicol yang juga pemain keempat dunia mengambil masa 37 minit untuk melakar kemenangan 11-8, 11-8, 11-10.

Nicol menumbangk­an Jenny Duncalf kelmarin dan kemenangan kedua berturut-turut membolehka­n pemain negara kelahiran Pulau Pinang itu mengesahka­n tiket ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A.

“Dia memberikan tentangan sengit kepada saya. Namun saya mempamerka­n peningkata­n pada setiap set untuk menang.

“Malah pada set ketiga dia juga masih memberikan tentangan sengit sebelum kalah. Saya gembira dapat menang buat kali kedua berturut-turut,” katanya.

Bekas pemain nombor satu dunia itu bagaimanap­un tidak berpuas hati kerana mahu terus mempamerka­n peningkata­n pada setiap perlawanan.

Sementara itu, saingan Kumpulan B menyaksika­n Joelle King melakar kejutan apabila menumbangk­an Omneya Abdel Kawy 11-5, 14-12, 11-4. Joelle akan bertemu pemain negara Delia Arnold pada aksi terakhir kumpulan hari ini dalam misi meraih kedudukan teratas untuk mengelak daripada bertemu Nicol di separuh akhir.

 ?? Goh Liu Ying
FOTO: HASRIYASYA­H SABUDIN ?? PENG SOON Setiap pemain berpeluang meraih pingat, tiada siapa boleh mengatakan mereka juara. Kami akan memberikan tentangan sepenuhnya pada setiap perlawanan”
LIU YING
Goh Liu Ying FOTO: HASRIYASYA­H SABUDIN PENG SOON Setiap pemain berpeluang meraih pingat, tiada siapa boleh mengatakan mereka juara. Kami akan memberikan tentangan sepenuhnya pada setiap perlawanan” LIU YING
 ??  ?? AKSI Nicol (kanan) ketika menentang Joshna.
AKSI Nicol (kanan) ketika menentang Joshna.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia