Harian Metro

Khairul terima RM10,000

-

Kuala Lumpur: Durian runtuh bakal menanti pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan akan menerima wang tunai RM10,000 daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hasil kejayaan memecahkan rekod 100 meter berusia 18 tahun.

Catatan 10.18 saat dilakukan di Sukan Malaysia (SUKMA) kelmarin meletakkan atlet berusia 18 tahun itu sebagai prospek cerah meraih pingat emas dalam acara riben biru Sukan SEA di tanah air sendiri, tahun depan.

Presiden KOM Datuk Karim Ibrahim yang meluahkan rasa bangga atas kejayaan Khairul itu berkata, kehadiran Khairul mula mencuri tumpuan pencabar di peringkat Asia Tenggara selepas atlet muda Melaka itu muncul juara remaja Asia di Vietnam bulan lalu.

Justeru satu perjumpaan akan diadakan bersama jurulatih Khairul, Mohd Poad Md Kassim untuk membincang­kan mengenai perancanga­n seterusnya untuk Khairul dan barisan atlet di bawah bimbingann­ya.

“Masa 10.18s itu bukan hanya terbaik di Asia Tenggara tapi juga Asia. Satu program khas akan dirancangk­an kerana kita bukan bercakap mengenai kejayaan dia memecahkan rekod berusia 18 tahun tapi keupayaann­ya melakarkan 10.18s.

“Bagi pihak KOM, kami berasa bangga kerana selain Khairul kita juga mempunyai beberapa lagi atlet pecut dan kita akan usahakan untuk membaiki rekod 4x100m juga selepas ini dengan adanya Khairul dan Badrul (Hisyam Abdul Manap) dalam skuad pecut negara,” katanya.

Karim berkata, Khairul bakal dihantar menjalani latihan di luar negara kerana sasaran diletakkan kepadanya bukan sekadar untuk meraih pingat Sukan SEA malah untuk jangka masa panjang termasuk Sukan Asia.

>Khairy akan mempertimb­angkan Khairul untuk dimasukkan ke Program Podium

 ??  ?? KHAIRUL (kiri) bersama Badrul dan jurulatihn­ya, Mohd Poad Kassim.
KHAIRUL (kiri) bersama Badrul dan jurulatihn­ya, Mohd Poad Kassim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia