Harian Metro

PELUANG PERTAHAN EMAS Jin Wei tepati ramalan

-

„ Perak tewaskan Sabah 1-0, bertemu Wilayah Persekutua­n di final esok

Perak berpeluang mempertaha­nkan pingat emas dimenangi dua tahun lalu selepas mara ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Sabah 1-0 pada aksi separuh akhir semalam.

Gol tunggal Harris Roslee pada minit ke-78 sudah cukup untuk memastikan Perak meraih slot ke final bertemu Wilayah Persekutua­n esok.

Bagi ketua jurulatih Perak Abu Bakar Fadzim, selain mahu memastikan emas terus menjadi milik anak buahnya, beliau juga mahu menebus kekecewaan sekadar mampu meraih pingat perak ketika membimbing pasukan empat tahun lalu.

“Kali ini kita akan terus mencuba. Untuk mempertaha­nkan kejuaraan bukan tugas mudah tapi apabila sudah sampai ke tahap ini, kami pasti mahu pertahanka­n kejuaraan.

“Untuk aksi final kali ini, kami bebas daripada kecederaan. Saya harap setiap pemain dapat menjalanka­n tugas dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan semalam.

Dua tahun lalu di SUKMA Kuching: Pemain badminton wanita negara, Goh Jin Wei berada dalam kelas tersendiri selepas mempertaha­nkan emas acara perseorang­an wanita semalam.

Jin Wei yang mewakili Pulau Pinang, tidak berdepan masalah mengalahka­n pemain Kedah Lee Zii Yii 21-11, 21-17 di Stadium Tertutup Sibu semalam.

Menurut juara remaja dunia itu, dia tidak pernah terfikir untuk mempertaha­nkan emas dimenangi di Perlis dua tahun lalu kerana risau akan memberi tekanan.

Jelasnya, dia masih boleh beraksi dalam dua temasya lagi selepas ini namun terpulang kepada Pulau Pinang untuk menyenarai­kan namanya selepas ini.

“Bagaimanap­un saya sedikit terkejut kerana mampu meraih dua emas Perlis, Perak di bawah bimbingan Syamsol Saad mencatat kemenangan 3-1 ke atas Johor pada aksi final.

Pada satu lagi aksi separuh akhir, Wilayah Persekutua­n juga menewaskan Pahang 1-0. kali ini kerana hanya meletakkan sasaran untuk satu saja,” kata pemenang pingat gangsa Sukan SEA Singapura 2015 itu.

Sementara itu, Soo Teck Zhi menghadiah­kan emas buat Selangor dalam acara perseorang­an lelaki selepas menumpaska­n Lim Chi Wing dari Wilayah Persekutua­n, 21-13, 21-16.

Beregu lelaki Melaka Aaron Chia-Ong Yew Sin meraih emas selepas menumpaska­n pasangan Selangor Chua Khek Wei-Low Hang Yee 21-12, 21-13, manakala Goh Yea Ching-Peck Yen Wei (Wilayah Persekutua­n) mengalahka­n Yap Rui Chen-Yap Zhen 21-18, 21-17 untuk emas beregu wanita.

Yew Sin-Cheng Wen pula meraih emas beregu campuran apabila mengalahka­n Lee Jian Yi-Teoh Mei Xing dari Selangor 21-16, 21-17.

 ??  ?? PEMAIN Perak Harris Roslee (tengah) melepaskan percubaan ke arah pintu gol Sabah.
PEMAIN Perak Harris Roslee (tengah) melepaskan percubaan ke arah pintu gol Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia