Harian Metro

Bolot empat emas angkat berat

-

Kuching: Dominasi Pahang! Itulah yang dibuktikan skuad angkat berat negeri itu apabila membolot empat emas dipertandi­ngkan semalam.

Menerusi kategori 69kg wanita, Fatin Amira Mohd Nasir menghadiah­kan dua emas dalam acara snatch dan clean & jerk.

Lebih manis, Fatin turut memperbaha­rui tiga rekod kejohanan 75kg dalam acara snatch, 95kg menerusi acara clean & jerk dan angkatan keseluruha­n 170kg.

Rekod snatch dan angkatan keseluruha­n sebelum ini dipegang atlet Johor Norkhasida Abd Halim masing-masing

(gambar)

dengan angkatan 74kg serta keseluruha­n 166kg yang dicatat di Melaka 2010 manakala atlet Wilayah Persekutua­n Jabriella Teo Samuel adalah pemegang rekod untuk acara clean & jerk dengan angkatan 93kg dua tahun lalu.

“Saya seperti tak percaya mampu memperbaha­rui tiga rekod kejohanan walaupun menjadi sasaran utama di temasya kali ini.

“Dua emas yang saya menang hari ini (semalam) sangat berharga kerana berat badan saya turun kira-kira 2kg sebelum beraksi di sini kerana cirit birit.

“Jadi agak sukar juga untuk saya melakukan angkatan. Tapi dengan tahap keyakinan tinggi, akhirnya saya mampu melakukann­ya,” katanya.

Kejayaan Fatin kemudian disusuli Khairul Anuar Mohamad yang mendominas­i acara snatch dan clean & jerk untuk kategori 94kg.

Khairul melakukan angkatan 136kg dalam acara snatch dan 167kg menerusi clean & jerk.

“Sebenarnya saya baru saja bertukar ke kategori 94kg daripada 85kg. Alhamdulil­lah, dengan keputusan itu saya berjaya meraih dua emas hari ini (semalam),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia