Harian Metro

DEBARAN FINAL 200M Lima rekod lebur

-

Kuching

Debaran rekod kebangsaan selama 48 tahun dalam acara 200 meter lelaki semakin dirasai dengan tumpuan menjurus kepada Raja Pecut baru, Khairul Hafiz Jantan dalam saingan akhir di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak.

Rekod milik Tan Sri Dr M Jegathesan 20.92 saat yang dilakukan di Sukan Olimpik Mexico 1968 mungkin lebur di tangan dua pelari Melaka, Khairul atau Badrul Hisyam Abdul Manap yang dianggapny­a sebagai abang.

Kedua-duanya memberi petanda awal untuk memperbaha­rui rekod itu apabila memecahkan rekod SUKMA milik Nazmizan Mohamad (21.33s) pada saingan separuh akhir 200m semalam.

Khairul mencatat 21.14s, manakala Badrul 21.33s dalam larian yang dianggap tidak memerlukan kudrat sepenuhnya.

Menurut Khairul, apa yang diharapkan sekarang ada doa rakyat Malaysia untuk membolehka­nnya mencipta sejarah seperti kelmarin apabila memecah rekod 100m dengan 10.18s bagi mengatasi catatan milik Watson Nyambek (10.30s).

“Kalau ada orang (pelari lain) tarik saya, larian akan menjadi laju. Saya akan bertarung dengan Badrul Hisyam dan John (Jonathan Nyepa) sekali lagi sama seperti 100m. Semua akan melakukan yang terbaik. Bagaimanap­un, apa saja boleh berlaku,” katanya yang berusia 18 tahun.

Jelasnya, pertarunga­n sengit sesama sendiri akan membolehka­n mereka terus memecut bagi mengejar catatan terbaik.

“Mengenai rekod, saya tidak fikir sangat cuma fokus kepada corak larian agar semuanya betul. Ikut segala arahan jurulatih serta mengharapk­an doa dari ibu bapa. Rekod ini (200m) memang lama bertahan, kita cuma tidak tahu bila akan pecah, tapi saya akan buat yang terbaik nanti.

“Ini peluang terbaik, saya begitu bersemanga­t dengan sokongan semua pihak,” kata Khairul.

Sementara itu, Badrul mengakui gembira dapat memecahkan catatan SUKMA semalam dan berhasrat untuk cuba mengatasi rekod kebangsaan

„ Khairul, Badrul di landasan tepat pecah rekod 48 tahun

tetapi jika tidak dapat dilakukan di Sarawak, dia masih menaruh harapan untuk melakukann­ya di kejohanan lain.

“Esok (hari ini) saya akan buat yang terbaik bersama Khairul. Jika ada rezeki kami akan cuba memecahkan rekod kebangsaan itu,” katanya.

Dalam pada itu Badrul mengakui keletihan ketika beraksi di separuh akhir pada sebelah pagi menyebabka­n mereka tidak berpeluang memecahkan rekod kebangsaan dalam acara lari berganti-ganti 4x100m. Kuching: Acara olahraga terus mencuri tumpuan apabila lima lagi rekod temasya dipecahkan di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam termasuk 200 meter lelaki yang dilakukan Raja Pecut Khairul Hafiz Jantan.

Rekod milik Nazmizan Mohamad dalam acara 200m 21.33 saat di SUKMA Sabah 2002 bukan saja dileburkan Khairul Hafiz dengan catatan 21.14s, malah turut dimusnahka­n seorang lagi atlet Melaka, Badrul Hisyam Abdul Manap yang mencatat 21.33s dalam aksi separuh akhir acara berkenaan.

Selepas itu pada sebelah petang, kedua-dua pelari berkenaan bersama dua lagi rakan senegeri mereka, Asnawi Hashim dan Azam Masri memecahkan rekod lari berganti 4x100m temasya dengan catatan 39.89s untuk meraih emas.

Mereka memadam rekod lama kuartet Sabah 41.04s yang dilakukan di Terengganu 2008 dan menumpaska­n pasukan tuan rumah yang dibarisi Jonathan Nyepa, Nixson Kennedy, Asly Chua An Wen dan Raphael Asun dengan catatan masa 41.14s.

Gangsa acara berkenaan diraih kuartet Perak Nazrul Naim Azman, N Nirosh, S Kumar, Akmal Zulkifli dan Russel Alexander Nasir Taib dengan catatan 41.94s.

Kuartet 4x100m wanita Perak yang dibarisi Saidatul Izzati Suhaimi, Noor Eewan Syafiqah Sabri, Kang Woan Yi dan Shereen Samson Vallabouy turut mencatat rekod baru temasya selepas melakukan 46.43s, memadamkan rekod lama yang dilakukan pasukan Sabah 47.84s di Terengganu 2008.

Perak acara berkenaan diraih kuartet Terengganu, Noor Faizatul Nathasha Bakri, Azreen Nabila Alias, Layalia Rameli dan Nazatul Nadira Rusli dengan catatan masa 47.56s, manakala gangsa milik Sabah, Nur Hafizah Tahir, Fathin Faqihah Yusuf, Nurul Farahin Jumain dan Elice Grenggori (48.73s).

Satu lagi rekod temasya dilakukan atlet kebangsaan, Grace Wong dalam acara baling tukul besi dengan catatan 55.82 meter, memadam rekod lama milik Tan Song Hwa 50.69m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia