Harian Metro

‘Bergaduh’ eratkan hubungan Nadia

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Selepas lapan tahun berkenalan dan akhirnya membibitka­n perasaan cinta, pada 16 Julai lalu, Nadia |AF6 menamatkan zaman solo dengan kekasih hatinya, Mohd Hafiz Mohd Hamdan, 29.

Menceritak­an detik perkenalan mereka berdua, menurut Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Haswani Hasnan, 26, mereka berkenalan selepas dia keluar daripada program realiti Akademi Fantasia musim keenam.

Menjalin hubungan cinta yang panjang, Nadia akui terjadi juga pergaduhan dan perselisih­an faham antara mereka namun situasi itulah yang mengeratka­n lagi hubungan mereka sehingga bertahan selama lapan tahun sehinggala­h mereka mengambil keputusan untuk menjadi suami isteri.

Hafiz bekerja sebagai pengurus di pusat kecergasan di ibu kota. Kedua-dua keluarga mereka tinggal di Kuala Lumpur jadi untuk memudahkan semua pihak hanya satu majlis resepsi saja diadakan di Kuala Lumpur. Bagaimanap­un, pasangan pengantin baru itu belum sempat merancang berbulan madu kerana mereka baru saja berpindah ke rumah baru.

“Saya dan suami sibuk membeli perabot untuk rumah baru kerana kami berasa itu lebih utama untuk memulakan kehidupan berumah tangga yang baru saja dibina.

“Kami boleh berbulan madu kemudian dan juga tidak menolak kehadiran cahaya mata pada masa terdekat kerana itulah antara tujuan kita membina hidup dengan orang yang kita sayang.

“Ingatkan selama lapan tahun berkenalan, kami sudah cukup memahami antara satu sama lain namun selepas berkahwin dan hidup bersama, rupanya masih ada lagi yang kami perlu selami hati dan sikap masing-masing. Dulu kami bertemu sekali-sekala tetapi sekarang sudah tinggal bersama pasti ada perkara baru yang kita belajar mengenai pasangan hidup,” katanya.

Beralih kepada kerjaya seni, Nadia kini menjadi penyampai radio sambilan di Era FM. Baru enam bulan di stesen radio itu tetapi Nadia sudah mula seronok dengan tugas barunya itu. Nadia bersiaran setiap Sabtu dan Ahad serta adakala dia terpaksa berada dalam keadaan ‘standby’ menggantik­an rakan DJ yang bercuti.

“Kini saya dapat mendalami dunia hiburan tanah air dan kenal lebih ramai artis baru serta lama, lagu yang menjadi kegilaan pendengar hari ini serta banyak lagi benda baru berkisar dunia muzik.

“Walaupun saya sendiri penyanyi tetapi sebelum ini lebih banyak berkisar kepada diri sendiri tetapi sekarang ilmu pengetahua­n saya dalam industri muzik lebih luas. Kepada mereka yang tertanya-tanya apa sudah berlaku kepada kerjaya nyanyian saya kerana jarang diberi publisiti dalam media, hakikatnya saya masih aktif.

“Cuma saya banyak mendapat undangan membuat persembaha­n pada majlis korporat dan sering menyanyi di kelab dengan band saya, N The Boys. Saya tidak akan meninggalk­an bidang nyanyian dan sekarang saya juga menjadi pengacara program travelog,” katanya.

Nadia dapati tempoh berkenalan selama 8 tahun belum

cukup untuk selami hati dan sikap masing-masing

 ??  ?? Dulu kami bertemu sekaliseka­la tetapi sekarang sudah tinggal bersama pasti ada perkara baru yang kita belajar mengenai pasangan hidup
Dulu kami bertemu sekaliseka­la tetapi sekarang sudah tinggal bersama pasti ada perkara baru yang kita belajar mengenai pasangan hidup
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia