Harian Metro

HARAPAN TINGGI FILEM SULUNG

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Kali pertama mengarahka­n filem, pengarah Dhyan Vimal meletakkan harapan tinggi Temuan Takdir yang mengetenga­hkan kisah kepolisan dapat kutipan pecah panggung apabila ditayangka­n pada 11 Ogos ini.

Dhyan selepas Tayangan Perdana Temuan Takdir, baru-baru ini berpendapa­t barisan pelakon termasuk dirinya sudah berusaha memberi yang terbaik untuk filem terbitan Zazen Design & Production itu.

“Pun begitu, saya menyerahka­n kepada penonton untuk menilai filem ini dan berharap ia dapat meraih kejayaan,” katanya.

Menurut pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Friends to Mankind itu, mengarah Temuan Takdir tidak sukar, tetapi proses produksi cukup mencabar.

“Sebenarnya terdapat 16 versi filem Temuan Takdir dan akhirnya memilih versi ini kerana jalan ceritanya lebih masuk akal.

“Walaupun ini kali pertama saya menghasilk­an filem, saya tiada masalah duduk di kerusi pengarah cuma berasakan proses suntingan agak sukar,” katanya.

Bercerita lanjut filem itu, Dhyan berkata,

Temuan Takdir yang menelan belanja hampir RM1 juta mengetenga­hkan pengorbana­n polis menjaga keamanan dan keselamata­n negara.

“Filem ini bukan sekadar karya romantis dan aksi semata-mata, tetapi bertujuan menyampaik­an mesej bagaimana rakyat dapat mengekalka­n keamanan negara,” katanya.

FILEM MELAYU PERTAMA TAYANGAN AIRASIA

Lebih membanggak­an, Temuan Takdir menjadi filem pertama Melayu tempatan ditayangka­n di 33 pesawat A320 AirAsia tiga hari sebelum tayangan di pawagam.

Dhyan berkata, pencapaian itu detik bersejarah buatnya dan industri perfileman negara ini.

 ??  ?? PENGGAMBAR­AN filem Temuan Takdir.
PENGGAMBAR­AN filem Temuan Takdir.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia