Harian Metro

Pengisian terbaru 3 stesen radio

- Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my

Lawak Vaganza di Hot FM, Super Karoks di Kool FM dan Fly Tweet It Or Sakit di Fly FM bermula Isnin lalu

Dalam era segala maklumat di hujung jari ini, peranan stesen radio juga semakin meluas.

Stesen radio tidak lagi beroperasi secara konvension­al yang hanya didengar di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerja atau ketika memasak dan mengemas rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) Seelan Paul berkata, stesen radio kini bukan saja memberi hiburan dan maklumat kepada pendengar daripada penyampai radio yang ‘bersembuny­i’ di dalam konti, tetapi diperluask­an ke platform digital serta lebih ke arah realiti.

“Orang tak lagi dengar radio di dalam kereta atau di sisi radio di dalam bilik, tetapi di mana-mana saja menerusi aplikasi dalam telefon pintar. Jika mereka tak dapat dengar siaran Hot FM di sebelah pagi, mereka boleh mengikutin­ya di laman sosial seperti Facebook.

“Peranan stesen radio semakin berkembang dan itulah cabaran yang kami hadapi kini. Malah, satu hari nanti mungkin perkataan FM di nama stesen radio tidak lagi digunakan,” katanya ketika ditemui pada program #flyhotkool­jompibali bersama media di Bali, Indonesia, barubaru ini.

Turut menyertai program berkenaan ialah Pengurus Besar Kumpulan RRMP Anida Tahrim serta tiga penyampai radio iaitu Issey dari Hot FM, Ikhwan (Kool FM) dan Ivan (Fly FM).

Sehubungan itu, bagi memastikan mereka kekal relevan, RRMP mengambil pendekatan terbaru dalam melancarka­n kempen di suku ketiga tahun ini menerusi pengisian terbaru untuk

Hot FM, Kool FM dan Fly FM bermula Isnin lalu hingga 4 September depan.

“Buat pertama kalinya tiga stesen radio ini akan mengendali­kan pengisian berbeza berbanding tahuntahun lalu sekali gus menjadi penanda aras dalam industri penyiaran radio,” katanya.

Menurut Seelan, pengisian itu merangkumi program Lawak Vaganza di Hot FM, Super Karoks (Kool FM), Hot Kool Mash Up dan Fly Tweet It Or Sakit di Fly FM yang bermula Isnin lalu.

Dalam program Lawak Vaganza yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 itu, empat penyampai Hot FM iaitu Ajak, Issey, Haziq dan Ammar akan berganding dengan pelawak pilihan mereka dalam skesta dengan tema pilihan setiap minggu.

Ajak bersama Ropie dan Acong membentuk kumpulan Oh Boy manakala Issey bersama Bell Ngasri dan

Shuk membentuk kumpulan JMT. Turut bertanding ialah Haziq bersama Abam Bocey dan Mark Adam dalam kumpulan Salaseh dan

 ??  ??
 ??  ?? IVAN antara penyampai Fly FM.
IVAN antara penyampai Fly FM.
 ??  ?? SNORKELING di Pulau Lembongan.
SNORKELING di Pulau Lembongan.
 ??  ?? DARI kiri, Ivan, Ikhwan dan Issey ‘wefi
DARI kiri, Ivan, Ikhwan dan Issey ‘wefi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia