Harian Metro

Berentap bersama 14 selebriti

- Mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Masih mengekalka­n format asal empat musim terdahulu, Super Spontan Superstar kali ini tampil dengan sedikit kelainan apabila menyenarai­kan dua personalit­i media sosial untuk berentap bersama 14 selebriti yang terbabit.

Zulkifli Mohamad atau Zukiee, 24, dan Jamaluddin Ahmad Zawawi atau Jamal, 23, akan bersaing dengan Johan, Tauke, Ozlynn, Kamal Adli, Julia Ziegler, Altimet, Waris, Amyza Adnan, Abam Bocey, Fad Bocey, Achey, Syuk Joras, Ali Puteh serta Zulin Aziz.

Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro,

Bob Azrai berkata, Zukiee dan Jamal mempunyai pengikut sendiri dan ini antara faktor mereka terpilih menyertai musim baru Super Spontan.

“Ia terbukti dengan video lucu mereka. Kami panggil mereka menyertai sesi boot camp yang berlangsun­g tiga hari dan dapati mereka spontan ketika diberi cabaran.

“Kita ada ramai personalit­i media sosial yang berkeboleh­an berlawak, tetapi ini hanya permulaan. Zukiee dan Jamal dapat menyesuaik­an diri dengan konsep spontan. Ia jadi kriteria utama pemilihan,” katanya.

Pencetus idea program ini, Afdlin Shauki berkata, mereka cuba menggunaka­n media sosial untuk mengembang­kan program TV.

“Saya lihat konsep spontan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter sangat hebat.

Ini peluang untuk kembangkan bakat mereka di kaca TV pula.

“Untuk kali ini, kami lihat sesiapa yang berani ambil cabaran berlawak secara spontan. Tak ramai pelakon kita yang boleh buat jika tiada skrip.

“Kami ajak ramai pelakon, tetapi mereka belum bersedia. Bagaimanap­un, Zukiee dan Jamal membuktika­n mereka layak dan mampu berimprovi­sasi secara spontan,” katanya.

Lebih menarik, Super Spontan Superstar kali ini menampilka­n pasangan suami isteri, Johan dan Ozlynn yang mewakili kumpulan berbeza.

Johan mengetuai kumpulan Monyet Mafia manakala Ozlynn berada dalam kumpulan Harimau Hipster yang diketuai Tauke.

Ozlynn berkata, dia menerima tawaran ini apabila dihubungi pihak Astro dan bukan kerana ajakan suaminya.

“Sebelum ini saya selalu ikut Johan dalam Super Spontan dan tahu bagaimana permainann­ya. Saya beritahu Johan berkenaan pelawaan Astro dan dia suruh saya cuba nasib.

“Mulanya saya ingat ia perkara senang, tapi apabila menyertai boot camp baru saya tahu susahnya nak berlawak spontan. Di sini juga baru saya tahu suami saya seorang yang hebat,” katanya yang akan bersaing secara sihat dengan suaminya.

Johan pula menafikan mereka menerima bayaran lumayan sebagai syarat untuk menyertai program itu.

Dua personalit­i media sosial

terpilih bersaing dalam Super

Spontan Superstar

 ??  ?? PESERTA yang menyahut cabaran dalam Super Spontan
Superstar musim ini.
PESERTA yang menyahut cabaran dalam Super Spontan Superstar musim ini.
 ??  ?? ZUKIEE (kiri) dan Jamal di pelancaran Super Spontan
Superstar.
ZUKIEE (kiri) dan Jamal di pelancaran Super Spontan Superstar.
 ??  ?? JOHAN dan Ozlynn.
JOHAN dan Ozlynn.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia