Harian Metro

Belum tetapkan tempoh

-

kepada ketentuan Allah.

Dia dan isteri tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu sehingga mendatangk­an tekanan dalam diri.

“Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat. Saya dan isteri masih mencuba kerana kami mahu anak cepat. Ibu bapa kami pun tidak sabar menimang cucu.

“Namun kami percaya anak adalah rezeki. Lambat atau cepat, semuanya sudah ditentukan Allah. Sebagai hamba-Nya kita boleh berusaha dan terus berdoa,” katanya.

Terdahulu Hafiz ditemui pada majlis rumah terbuka yang diadakan di kediaman keluarga mentuanya di Subang Jaya.

Selain keluarga dan sahabat handai, turut hadir beberapa rakan artis seperti Mawi, Aril AF dan Kilafairy.

DOA KESIHATAN IBU

Dalam perkembang­an lain, Hafiz meminta semua peminat dan kenalannya mendoakan ibunya segera sembuh.

Hafiz memaklumka­n ibunya menderita strok di bahagian muka ketika sambutan Aidilfitri, barubaru ini.

“Ibu masih menjalani rawatan fisioterap­i. Sepanjang berada di sana, saya menjaga ibu dan membawanya ke hospital untuk rawatan susualan.

“Disebabkan itu, tahun ini sambutan raya kami sekeluarga tidak semeriah tahun sebelumnya. Saya menganggap perkara ini sebagai ujian dan pasti ada hikmah di sebaliknya,” katanya.

Mengenai kerjaya seninya, Hafiz yang mempertaru­hkan lagu duet Terimaku Seadanya bersama Misha Omar dalam carta Muzik Muzik bersedia sekiranya penyanyi itu tidak dapat menyanyi dengannya sekiranya layak ke peringkat separuh akhir.

“Saya memahami situasi Kak Misha sekarang yang sarat mengandung. Malah saya pernah bertanya kepadanya mengenai perkara ini. Dia awal-awal lagi minta maaf sekiranya tak dapat berduet dengan saya. Namun belum ada sebarang keputusan, semuanya bergantung kepada keadaan Kak Misha.

“Dia tetap menjadi pilihan utama saya dan berharap Kak Misha masih boleh menyanyi kerana dia penyanyi asal.

Pada masa sama, saya tetap bersedia jika ada penyanyi lain menggantik­an tempatnya. Saya serahkan kepada komposer lagu ini, Ajai,” katanya. - Sudirman Mohd Tahir

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? MAWI dan isteri hadir di majlis rumah terbuka
Hafiz kelmarin.
MAWI dan isteri hadir di majlis rumah terbuka Hafiz kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia