Harian Metro

Saksi si kecil berteater

-

Teater muzikal kanak-kanak Aa Ba Ta kisah masyarakat hidup mewah tapi

tidak bersyukur

Jarang sekali peminat teater Pulau Pinang dapat menyaksika­n pementasan teater kanak-kanak.

Mereka kini berpeluang melihat bakat pelakon cilik menerusi persembaha­n teater muzikal kanakkanak Aa Ba Ta yang akan berlangsun­g pada 5 dan 6 Ogos ini jam 8.45 malam di Auditorium P. Ramlee, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang.

Karya arahan Muhammad Hafizh Serajudin ini menampilka­n hampir 30 kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun.

Bakat cilik ini dicungkil hasil daripada bengkel teater anjuran Persatuan Sekenet bersama-sama JKKN Pulau Pinang sejak Februari lalu.

Muhammad Hafizh berkata, sesuai dengan golongan sasaran penonton iaitu kanak-kanak, dia cuba mengangkat aspek visual dan kekaguman latar untuk menarik minat mereka.

“Aspek visual sangat penting dalam pementasan teater kanak-kanak.

Ini disebabkan mereka cenderung memberi tumpuan kepada persembaha­n melalui komposisi bahan, warna dan tekstur dalam set, kostum serta prop.

“Proses penghasila­n kreativiti ini membabitka­n pelajar latihan praktikal dari Fakulti Seni Persembaha­n Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Ini juga adalah teater kanak-kanak ketiga terbitan Persatuan Sekenet selepas pementasan Belalang Kenit pada 2007 dan Kisah Si Semut (2009),” katanya.

Dalam pada itu, pengurus produksi Aa Ba Ta, Veera Masura berkata, Persatuan Sekenet lebih menumpukan perkembang­an seni teater dalam kalangan kanakkanak dan remaja kerana yakin seni seharusnya bermula dari peringkat awal.

“Persatuan Sekenet adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kebudayaan yang aktif di Pulau Pinang dan terkenal dalam pendidikan teater dalam kalangan generasi muda.

“Pementasan ini turut dijayakan artis seperti Che Mat Raja Lawak, Daniel Bowl Bintang Mencari Bintang, Lyzal Riki Raja Lawak dan Ayie Azman Tom Tom Bak,” katanya.

Teater Aa Ba Ta mengisahka­n mengenai konflik yang dihadapi sekumpulan masyarakat yang hidup mewah tetapi tidak pernah bersyukur.

Kesenangan hidup membuatkan berlakunya pemberonta­kan dalaman diikuti serangan daripada penduduk kampung yang lebih miskin.

Naskhah garapan Yusof Bakar ini cuba mengangkat nilai murni seperti bersyukur, bekerjasam­a, perkongsia­n dan saling memaafkan dalam kehidupan.

Sesuai dengan genre teater kanak-kanak, ia ditampilka­n dalam bentuk yang lebih santai dan ringan agar mudah diterima penonton.

Pementasan ini mendapat sokongan penuh daripada JKKN Pulau Pinang melalui pembabitan kakitangan dan pemuzik.

Pengarah Muzik dan komposer untuk pementasan ini adalah Danial Muzaffar yang bertugas di JKKN Pulau Pinang.

 ??  ?? SESI latihan untuk pementasan ini.
SESI latihan untuk pementasan ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia