Harian Metro

Bangkit nostalgia

-

Replika rumah peneroka awal FELDA dibina mengikut binaan asal

dengan struktur rumah berasaskan kayu dan papan. Bahagian dindingnya diperbuat daripada papan manakala tiangnya kayu yang ditanam ke dalam tanah.

Terdapat bahagian beranda mempunyai tangga kayu yang digunakan peneroka bersantai pada waktu senggang, manakala pintu dan tingkap juga mengekalka­n budaya Melayu dengan tingkap serta pintu kepak perlu dibuka secara manual dan dilengkapi penyelak untuk menutup bahagian ini.

Pada bahagian dinding pulak, papan lapis disusun secara menegak dan dicat putih secara berselang pada papan. Bahagian siling pula menggunaka­n kayu sebagai penyokong kepada bumbung rumah.

Disebabkan belum ada bekalan elektrik ketika itu, peneroka terpaksa menggunaka­n lampu minyak untuk menerangi rumah. Rumah dibina agak tinggi bagi mengelak ancaman haiwan buas dan berbisa.

Bagi melengkapk­an kehidupan peneroka zaman dahulu, ada serangkap pantun dicatat pada papan tanda di tepi replika rumah itu mengenai budaya hidup muafakat.

Generasi kedua FELDA Sungai Tengi Saiful Nizam Sayuti, 47, berkata, setiap kali berkunjung ke tanah rancangan itu, apabila terpandang replika rumah peneroka menginsafk­annya betapa susahnya peneroka membangunk­an FELDA dengan serba kekurangan.

Katanya, usaha FELDA itu wajar dipuji sebagai tatapan dan renungan generasi masa kini bahawa apa yang mereka nikmati kini tidak semudah dirasai peneroka dahulu yang perlu melakukan pelbagai pengorbana­n.

“Membanding­kan rumah peneroka dahulu dan kini memang jauh beza. Kita tidak mahu generasi kini lalai dan pembinaan replika rumah peneroka itu diharap dapat memberi suntikan semangat kepada mereka lebih berusaha membangunk­an kawasan tanah rancangan ini,”katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BAHAGIAN beranda rumah peneroka dahulu
agak sempit.
BAHAGIAN beranda rumah peneroka dahulu agak sempit.
 ??  ?? SAIFUL Nizam Sayuti
SAIFUL Nizam Sayuti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia