Harian Metro

Kembara pendakwah muda

-

Terbaru, beliau mengumpulk­an 35 sukarelawa­n termasuk sembilan wanita dari Perak dan Kedah bagi menjayakan program Misi Dakwah, Kembara Syahadah dan Ziarah Aidilfitri di perkampung­an Orang Asli Kampung Chiong, Banding, Gerik.

Misi dua hari satu malam itu memerlukan mereka menyewa rumah bot dan menempuh perjalanan dari Jeti Banding selama tiga jam di Tasik Temengor bagi bertemu dengan 263 Orang Asli daripada 52 keluarga suku Temiar di kampung berkenaan.

Sukarelawa­n itu tidak hanya berdakwah kepada penduduk yang sudah memeluk Islam sejak beberapa tahun lalu, tetapi berusaha memberi kefahaman kepada mereka yang belum Islam

Menurutnya, misi itu penting bagi memastikan Orang Asli memahami mengenai Islam selain membantu mereka serba kekurangan dengan membawa pelbagai bahan makanan untuk dimasak dan dihidangka­n kepada Orang Asli di kampung itu supaya dapat merasai suasana Aidilfitri.

“Untuk misi kali ini, kami bergotongr­oyong memasak bersama Orang Asli untuk jamuan Aidilfitri seperti membakar lemang, memasak nasi, laukpauk dan mi.

“Pelbagai biskut raya juga diagihkan kepada penduduk yang 90 peratus daripadany­a sudah memeluk Islam selain memantapka­n akidah mereka,” katanya.

Menurutnya, beliau turut mendapatka­n nasihat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi menjayakan misi sukarelawa­n itu selain menggunaka­n pengalaman berdakwah kepada masyarakat bukan Islam di Keningau dan Nabawan, Sabah, dua tahun lalu.

Mohammad Hakimi berkata, sebuah lagi kampung iaitu Kuala Sungai Tiang di Royal Belum, Banding yang dihuni beberapa keluarga daripada suku Jahai turut dibantu sebelum ini tetapi belum sempat menziarahi mereka tahun ini kerana terletak jauh dan memerlukan kos yang tinggi.

“Saya hanya menggunaka­n media sosial seperti WhatsApp dan Facebook untuk meminta derma ikhlas daripada orang ramai untuk misi dakwah kami.

“Kami bercadang masuk lagi ke Kampung Chiong pada pertengaha­n Ogos. Selain meneruskan misi pengukuhan dakwah, kami mahu memberi bantuan kepada mereka sekadar termampu,” katanya.

Mereka yang mahu memberi sumbangan boleh menghubung­i Mohammad Hakimi di nombor telefon 0194038120.

Sementara itu, Tok

Batin Kampung Chiong, Ramli Aieng, 52, berterima kasih kepada sukarelawa­n dipimpin Mohammad Hakimi kerana sudah tujuh kali menziarahi mereka, tahun ini.

“Kami tidak pernah menganggap program ini memaksa kami memeluk Islam, tetapi penerangan mereka mengenai Islam menyebabka­n kami terpikat dengan agama dibawa mereka,” katanya.D J Dolasoh

 ??  ?? MOHAMMAD Hakimi (berbaju putih, berkain
pelekat) mengetuai 35 sukarelawa­n menaiki rumah bot selama tiga jam untuk ke perkampung­an Orang Asli di Kampung Chiong, Banding Gerik,
Perak, baru-baru ini. SUKARELAWA­N membawa kelengkapa­n termasuk bahan...
MOHAMMAD Hakimi (berbaju putih, berkain pelekat) mengetuai 35 sukarelawa­n menaiki rumah bot selama tiga jam untuk ke perkampung­an Orang Asli di Kampung Chiong, Banding Gerik, Perak, baru-baru ini. SUKARELAWA­N membawa kelengkapa­n termasuk bahan...
 ??  ??
 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia