Harian Metro

TIDAK TERIMA PEKERJA ‘LEMAH’

- DARI MUKA 9

Seorang yang tenang dalam berhadapan cabaran, Vivy bagaimanap­un berkata, dia berpendapa­t bukan mudah untuk orang lain bekerja di bawahnya memandangk­an sifatnya yang mahu sesuatu perkara dilakukan dengan pantas.

Dia turut mengakui, pemilihan kakitangan dalam syarikat diberi perhatian serius kerana dia mahukan mereka yang benar-benar tegar dan sukar untuk dia menerima pekerja yang lemah, mudah tersentuh atau tidak boleh ditegur.

“Pada saya, sekiranya kita hendak maju dalam hidup, kita perlu terbuka dan menerima kritikan membina seterusnya memperbaik­i diri dan tidak mudah mengambil hati dengan teguran.

“Biarpun begitu, saya akan menegur secara lembut dan sangat sensitif terhadap perasaan kakitangan saya. Jika saya melihat mereka seperti ada masalah, saya berbincang dengan mereka,” katanya.

Lebih menarik, pendirian Vivy, selain menerima kekurangan diri dan cuba memperbaik­inya, seharusnya bertanya kepada mereka yang mengkritik atau tidak suka dengan cara dirinya supaya boleh melihat situasi itu dari sudut lain dan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

Katanya, dalam usaha menjadi yang terbaik, kita tidak seharusnya hanya bertanya pandangan kaum keluarga atau rakan rapat, sebaliknya mencari mereka yang ‘tidak suka’ pada kita untuk berhadapan perkara sebenar.

Vivy berkata, ramai yang tidak mahu dikritik tetapi mereka perlu matang dan menerima kritikan kerana dalam luahan yang dianggap negatif oleh sesetengah orang itu, ada perkara benar yang seharusnya diambil perhatian.

Dia juga tidak suka memendam masalah dan sekiranya ada sebarang kesulitan atau cabaran baik dari segi profesiona­l atau peribadi, ia akan diselesaik­an secepat mungkin.

Sifatnya yang gemar melakukan sesuatu dengan pantas terbukti apabila FashionVal­et hanya mengambil tempoh sebulan untuk beroperasi bermula daripada konsep idea yang tercetus.

Dalam tempoh sebulan itu, Vivy dan suami mengumpul modal, membuat kertas kerja, bertemu pereka fesyen tempatan, menjalanka­n sesi fotografi, menyiapkan laman web dan bertemu rakan kongsi bagi menubuhkan pusat sehenti fesyen e-dagang, FashionVal­et yang juga pertama seumpamany­a ketika itu.

PERKENAL PENGALAMAN

BARU

Idea tercetus apabila Vivy pulang ke tanah air selepas tamat belajar di London School of Economics, United Kingdom (UK).

Ketika di UK, membelibel­ah dirasakan begitu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia