Harian Metro

KAKAK KANDUNG PELANGGAN PERTAMA

- DARI MUKA 9

Seorang yang peramah dan mudah mesra, ikuti temu bual sambil mengenali Nur Aliah yang juga ibu kepada seorang anak perempuan, Puteri Nurzara Sophea Mohd Yus, 4, dengan lebih rapat.

Soalan(S):Sejakbila anda berminat dalam bidang melukis inai?

Jawapan(J): Semuanya bermula sekitar usia saya 13 tahun. Ketika itu saya melukis inai dalam kalangan keluarga saja sebelum lebih serius bermula usia 18 tahun apabila permintaan kian meningkat.

Minat melukis inai ini terbit kerana saya memang suka melukis, apatah lagi keluarga seperti ayah dan abang saya juga suka melukis.

Pada masa sama, saya minat menonton filem Bollywood terutama babak perkahwina­n yang memaparkan tangan mereka dilukis cantik dengan inai.

Secara tidak langsung, saya sangat tertarik dan menerbitka­n minat seni melukis inai pada tangan. Pelanggan pertama saya ialah kakak saya sendiri ketika dia melangsung­kan majlis perkahwina­n. Selain melukis inai, saya juga bermula sebagai mak andam dan menyolek pengantin.

S: Dari mana ilham melukis inai ini?

J: Saya banyak melukis inai berpanduka­n idea sendiri, malah ada ratusan gaya inai yang boleh dipilih pelanggan tetapi berdasarka­n pengalaman saya sendiri, saya sudah tahu rekaan mana yang diinginkan pelanggan.

Selalunya pelanggan sukakan rekaan bungabunga­an dan ketika ini gaya yang paling banyak permintaan ialah abstrak atau Hindustan. Sebenarnya lukisan inai pun ada gaya terkini dan saya ikut saja apa yang pelanggan mahu atau kami bincang bersama kesesuaian­nya.

S: Bagaimana anda menguruska­n perniagaan?

J: Dalam sehari saya boleh dapat enam pelanggan dan saya memilih laluan sehala supaya mudah untuk menyinggah ke setiap

Saya bersyukur kerana setakat ini tidak ada pelanggan yang marah atau tidak puas hati dengan lukisan inai yang dibuat pada mereka

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia