Harian Metro

Komunikasi betul reda perbalahan

- Faizatul Farlin Farush Khan ffarlin@hmetro.com.my 1. Berhenti seketika daripada mengeluark­an kenyataan dan hanya mendengar 2. Paksa diri untuk mendengar 3. Bersikap terbuka dan jujur kepada pasangan 4. Beri perhatian kepada bahasa tubuh 5. Sentiasa fok

Perhubunga­n terjalin apabila dua insan yang mempunyai sejarah, sikap dan pengalaman berbeza bertemu dan mula berkomunik­asi dengan cara mereka tersendiri.

Perbezaan antara sikap dan cara berkomunik­asi ada kalanya boleh menimbulka­n prasangka dan perbalahan, yang menyebabka­n sesuatu perhubunga­n gagal.

Bagaimanap­un, komunikasi ialah kemahiran yang boleh dipelajari, diperbaiki dan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan perhubunga­n terjalin dengan baik.

Ramai menyangka bercakap sudah menandakan komunikasi terjalin, bagaimanap­un ia sebenarnya memerlukan perbualan lebih mendalam untuk memastikan sesuatu perhubunga­n lancar dan tidak terjejas apabila sesuatu masalah tidak dapat diselesaik­an dengan baik.

Komunikasi yang terbuka dan telus tanpa diiringi perasaan negatif atau cuba mempertaha­nkan diri boleh memperbaik­i perhubunga­n. Berikut skil komunikasi yang boleh diamalkan dalam setiap perhubunga­n:

Apabila kita berhadapan dengan masalah bersama pasangan, sukar untuk duduk diam dan mendengar saja apa yang ingin diluahkan. Kebiasaann­ya komunikasi tidak berlaku apabila kedua-dua pihak mahu bercakap dan menegakkan fakta masingmasi­ng. Kita terlalu takut untuk mendengar tetapi lebih suka bercakap.

Secara tidak langsung, ia menyebabka­n orang juga sukar mendengar apa yang kita hendak sampaikan kepada mereka.

Biarpun tidak berkatakat­a, kadangkala dalam fikiran kita ligat memikirkan jawapan kepada apa yang pasangan luahkan. Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan hanya diam dan kosongkan minda, dengar dengan penuh perasaan apa yang cuba disampaika­n pasangan. Antara cara terbaik, ulang semula kata-kata yang disampaika­n pasangan supaya ia dapat benar-benar difahami. Biarpun pasangan mungkin berasakan ia seakan-akan ‘mengejek’ tetapi terangkan kepada pasangan ia membantu anda untuk lebih memahami apa yang cuba disampaika­nnya.

Sesetengah orang sukar bersikap terbuka tetapi untuk memiliki hubungan yang berjaya, seseorang itu perlu terbuka dan jujur kepada pasanganny­a kerana ia sebahagian komunikasi berkesan.

Jangan sesekali berbohong walaupun berkaitan perkara remeh kerana apabila pasangan mendapat tahu, ia sedikit sebanyak menjejaska­n kepercayaa­n dalam dirinya terhadap anda. Penipuan yang kecil jika diteruskan boleh menjurus kepada penipuan lebih besar.

Masalah juga perlu diselesaik­an segera dan tidak mengetepik­an begitu saja dengan anggapan semuanya akan selesai sendiri.

Sikap membisu setiap kali berhadapan masalah tidak akan membantu sebaliknya ia menambah kekusutan dalam perhubunga­n.

Kadangkala, katakata yang dikeluarka­n tidak memberi gambaran sepenuhnya kepada sesuatu situasi tetapi bahasa tubuh mampu menjadi luahan tepat. Antaranya ialah perlakuan, nada bercakap, pandangan mata dan jarak ketika bercakap. Memahami bahasa tubuh boleh membantu menjayakan perhubunga­n.

Misalnya individu yang menyilang tangan di hadapan tubuh ketika bercakap menunjukka­n mereka bersikap mempertaha­nkan diri, tidak memandang mata memberi gambaran tidak berminat dengan topik yang dibincangk­an dan suara yang tinggi menunjukka­n emosi yang gagal dikawal.

Kadangkala perbincang­an boleh bertukar kepada perbalahan tetapi ia boleh ‘ditarik’ semula menjadi perbincang­an dengan sikap yang betul. Menghormat­i pasangan dan matlamat mahu menyelesai­kan masalah akan membantu komunikasi biarpun kadangkala ia diselangi emosi. Ketika mahu menyelesai­kan masalah, fokus pada masalah itu dan jangan sesekali memasukkan topik lain yang hanya akan menjejaska­n komunikasi.

Apabila emosi menggunung, sukar untuk bercakap dengan rasional dan banyak perkara tidak dapat dibincangk­an. Jika menjerit-jerit tentulah masing-masing tidak mendengar apa yang hendak disampaika­n. Oleh itu, cuba bersikap tenang dan mencari penyelesai­an terutama membabitka­n topik serius seperti anak dan kewangan.

Biasanya perbalahan dan pergaduhan berlaku kerana masing-masing mahu menang dan menganggap diri sendiri betul. Ini menyebabka­n keadaan menjadi lebih buruk daripada masalah asal.

Langkah terbaik, masing-masing mengaku kalah dan cuba memperbaik­i masalah, bukan mahu menang perkelahia­n. Apabila kedua-dua mengaku kalah dan salah masingmasi­ng, ia membuka ruang lebih tenang untuk berbicara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia