Harian Metro

Mohd Azizol

-

yang berpegang kepada falsafah hidup ‘berhenti berharap tetapi mula melakukan’.

Melihat tugas membantu ramai menurunkan berat badan yang sudah tentunya akan membabitka­n emosi, Mohd Azizol mengakui tidak mudah membantu pelanggan yang mahukan berat badan ideal.

Ini kerana katanya, seseorang jurulatih perlu mendalami perasaan pelanggan mereka terlebih dulu. Memandangk­an dia juga pernah berada dalam situasi mereka, secara tidak langsung dia memahami keadaan itu dan tahu bagaimana peritnya usaha menurunkan berat badan.

“Cara saya adalah dengan berkawan dengan mereka. Saya tidak kisah tidak dipanggil saya ‘coach’ sebab saya kawan yang akan membantu mereka.

“Satu cara yang mungkin berjaya bagi saya adalah mengumpulk­an orang yang mempunyai satu matlamat ini dalam satu kumpulan dan bersenam secara berkumpula­n.

“Mereka tidak akan malu. Mereka ada kawan yang sama masalah dengan mereka dan mampu memberi semangat yang lebih untuk mencapai hasrat mereka.

“Aktiviti senaman juga dilakukan secara menyeronok­kan untuk bantu mereka lupa kepenatan bersenam,” katanya yang turut menyenarai­kan aktiviti senaman di ruang laman Facebook miliknya Azizol Abdul Aziz, FB Club:

HitFat Training Solution Putajaya / HitFat Training Solution dan Instagram/ ezol_aziz

Nasihatnya kepada golongan muda yang mahu mengejar impian ialah jauhi sifat malas, tidak yakin pada diri sendiri dan tuntutlah ilmu daripada mereka yang terbaik.

Golongan muda perlu berani mencuba dan mengambil risiko kerana itulah yang mampu memberikan pendedahan untuk berjaya.

 ??  ?? Cara saya membantu mereka adalah dengan berkawan dengan mereka. Saya tidak kisah mereka tidak panggil saya ‘coach’ sebab saya kawan yang akan membantu mereka MOHD Azizol ketika memiliki berat badan berlebihan.
Cara saya membantu mereka adalah dengan berkawan dengan mereka. Saya tidak kisah mereka tidak panggil saya ‘coach’ sebab saya kawan yang akan membantu mereka MOHD Azizol ketika memiliki berat badan berlebihan.
 ??  ?? SEBAIK berjaya mencapai berat badan ideal.
SEBAIK berjaya mencapai berat badan ideal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia