Harian Metro

Mahu kekal keaslian

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam latih remaja hasilkan

Tenun Pahang Diraja

Fabrik Tenun Pahang Diraja makin dikenali ramai di seluruh negara kerana kehalusan tenunannya, malah turut dieksport.

Keaslian fabrik itu dihasilkan menerusi kaedah tradisiona­l bagi memastikan­nya kehalusan dan ketelitian dalam pembuatann­ya terus terpelihar­a.

Ia sangat sesuai digayakan sepanjang zaman meskipun lahir pelbagai fesyen yang mengubah identiti orang Melayu.

Dulunya ia hanya dibuat kain sarung, samping dan selendang, tetapi kini diaplikasi­kan dalam rekaan fesyen moden selari dengan cita rasa masyarakat alaf baru, menyebabka­n ia tidak lagi terhad dipakai pada majlis rasmi, adat istiadat diraja dan perkahwina­n, malah masyarakat turut menggayaka­nnya ketika menyambut Aidilfitri.

Dihiasi pelbagai motif, antaranya Batang Pinang, Jalur Melintang Di Tengah, Cindai, Selumbar Nibong, Tun Razak, Bunga Cengkih, Bunting Padi, Biji Peria dan Pahang.

Justeru, cabaran dan tugas berat perlu digalas generasi masa kini bagi mengekalka­n keunikan dan identiti asli tradisiona­l Pahang agar cucu cicit mereka berpeluang mengenali dan mengasah bakat mengekalka­n fabrik warisan ini.

Bagi mengekalka­n tradisi menenun ini, penubuhan pusat latihan yang lebih berstruktu­r dan formal disediakan.

Penubuhan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) Tengku Ampuan Besar Meriam dilihat langkah wajar bagi memupuk minat belia mempertaha­nkan tradisi ini.

IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam terletak di kawasan Kompleks Budaya Pulau Keladi, Pekan, dan dirasmikan Tengku Mahkota Pahang.

Pengambila­n penuntut sesi pertama bermula pada Julai 2010 menyaksika­n kejayaan 15 pelajar menamatkan pengajian dan memperoleh Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja pada Majlis Konvokesye­n Pertama pada 20 November 2013.

Pengambila­n pelajar baru dibuat pada Januari dan Julai setiap tahun dan terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga berusia 35 tahun. IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam menawarkan program latihan peringkat sijil sepenuh masa yang perlu diikuti selama dua tahun.

Konsep pendidikan secara amali mampu membekalka­n tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan Industri Kraf Tenun Pahang.

“Tenun Pahang perlu dikekalkan usahanya malah kewujudan IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam membolehka­n semua tanpa mengira latar belakang mempelajar­i tenun sekali gus melahirkan usahawan tenun.

“Sokongan diperlukan bagi meningkatk­an peluang usahawan menjana perusahaan dengan lebih giat.

“Kesungguha­n penjara juga langkah terbaik mengeluark­an pelbagai rekaan tenun tradisiona­l dan moden, sekali gus menjana pendapatan pihak terbabit,” kata Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h sewaktu ditemui di IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam yang terletak di Kompleks Budaya, Kampung Budaya Pulau Keladi.

 ?? FOTO ?? TUNKU Azizah beramah mesra sambil memberi nasihat kepada pelatih yang mengikuti latihan
di IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam.
FOTO TUNKU Azizah beramah mesra sambil memberi nasihat kepada pelatih yang mengikuti latihan di IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam.
 ??  ?? SERAMAI 21 pelatih dengan majoriti remaja Orang Asli mengikuti program latihan kemahiran Tenun Pahang Diraja di IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam di Kompleks Budaya, Kampung Budaya Pulau Keladi.
SERAMAI 21 pelatih dengan majoriti remaja Orang Asli mengikuti program latihan kemahiran Tenun Pahang Diraja di IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam di Kompleks Budaya, Kampung Budaya Pulau Keladi.
 ??  ?? BUKAN mudah menghuraik­an benang agar tidak berserabut.
BUKAN mudah menghuraik­an benang agar tidak berserabut.
 ??  ?? TUNKU Azizah melihat kain tenun yang sudah disiapkan pelatih IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam sambil diiringi Ketua
Pengarah Kraftangan Zuraida Mokhtar (dua dari kiri) dan Pengarah Kraftangan Cawangan Pahang ‘Ainu Sham Ramli (kiri).
TUNKU Azizah melihat kain tenun yang sudah disiapkan pelatih IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam sambil diiringi Ketua Pengarah Kraftangan Zuraida Mokhtar (dua dari kiri) dan Pengarah Kraftangan Cawangan Pahang ‘Ainu Sham Ramli (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia