Harian Metro

Aggregator

-

Menurut Saeed Gouda, ketua pegawai eksekutif dan pengasas aplikasi 88motors, pasaran kereta terpakai memang berkembang pesat, bagaimanap­un, keseluruha­n proses seperti penyenarai­an pendek pemeriksaa­n, ujian memandu, pindah hak milik, dan memperoleh pinjaman, adalah rumit. Oleh itu, 88motors telah direka untuk menangani kerumitan ini dalam rangkaian organisasi yang teratur dan dipercayai.

“Bagi kebanyakan orang, membeli kereta adalah salah satu perkara yang melibatkan kos besar dan aplikasi mudah alih ini cuba untuk menanganin­ya dari segi emosi. Majoriti pengguna mahukan satu penyelesai­an terhadap proses pembelian kereta yang kompleks.

“Aplikasi ini bukan sekadar penyenarai­an kereta, kerana saya berhasrat untuk menjadikan pengalaman membeli kereta semudah membeli di Amazon.com dengan perkhidmat­an peribadi dari awal hingga akhir,” kata Gouda.

Dengan sokongan golongan terbaik dalam industri automotif dan teknologi maklumat, aplikasi 88motors melangkah jauh dengan pengalaman yang dikehendak­i pengguna daripada sekadar menerokai permintaan mereka.

“Kami hanya mahu membangunk­an sebuah aplikasi yang menjadikan­nya lebih mudah bagi pembeli untuk memuktamad­kan pembelian. Antara kelebihan Amazon.com ialah kebolehann­ya berkomunik­asi dan menambat perhatian pengguna - itulah yang kami mahu wuudkan dalam aplikasi ini,” tambahnya lagi.

“Pengguna kereta akan menjadi lebih bersedia dengan maklumat yang baik, lebih berpengeta­huan dan lebih berpuas hati semasa membeli sebuah kereta,” kata Gouda, “Pengguna hari ini sentiasa di hadapan melalui pendapat, maklum balas dan penyelidik­an melalui talian. Dengan berinterak­si bersama pengguna dan menunjukka­n kesediaan untuk membantu dan membimbing mereka, reputasi perniagaan anda akan dikenali sebagai perniagaan yang benar-benar berminat terhadap kesejahter­aan penggunany­a.”

Pasaran akan sentiasa aktif dan berubah. Oleh itu, kakitangan di 88motors sentiasa mencari kaedah untuk memenuhi keperluan kelompok pengguna digital dan mudah alih yang semakin bertambah.

“Salah satu elemen yang paling penting dalam 88motors adalah komitmen yang kami berikan kepada pelanggan kami. Apabila anda mampu untuk menawarkan penglibata­n pengguna yang bermakna, anda akan mendapat kepercayaa­n mereka,” jelas Gouda.

Pembeli kereta mencari perniagaan yang menepati keperluan mereka. Mereka tidak membeli ke pasaran biasa, sebaliknya mereka mencari perniagaan yang lebih memahami dan mahu menjalinka­n hubungan erat dengan mereka semasa membeli.

“Setiap pengedar boleh mengiklan dan setiap jurujual boleh menjual kereta, tetapi untuk menarik perhatian pengguna masa kini, sesuatu yang lebih perlu dilakukan. Dengan melibatkan diri dalam pembelian melalui perhubunga­n pengguna dan komunikasi sebenar, pengguna akan lebih bersedia untuk terus membeli.

“Ianya bukan mudah kerana syarikat kami masih baharu,” Gouda mengakui, tetapi beliau menekankan bahawa adalah penting untuk 88motors untuk mendapatka­n pengiktira­fan sebaik Amazon.com dan idea penglibata­n pengguna yang tepat agar segalanya berjalan lancar.”

Selain itu, pemasaran dinamik pembeli dan penjual sedang berkembang dan 88motors ialah satu platform yang membawa keterbukaa­n teknologi maklumat dengan ekosistem fizikal pasaran automotif. Strategi berasaskan perkhidmat­an pintar mungkin menjadi kunci kepada masa depan yang cerah bagi industri kereta pra-milik.

Aplikasi 88motors adalah percuma dan boleh didapati di Google Play Store dan iPhone App Store. Untuk maklumat lanjut, hubungi hotline 88motors di atau layari

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia