Harian Metro

Petik sayur depan rumah

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

„ Program Kebun Komuniti Muda tarik minat 1,500 penduduk jimat belanja ke pasar

Bermula dengan penyertaan 20 keluarga, Program Kebun Komuniti Muda yang diperkenal­kan Persatuan Penduduk Presint 11 sejak lima bulan lalu mula menarik minat 1,500 pendudukny­a.

Pengerusin­ya Carlos Basri berkata, program itu bermula dengan penyertaan 20 keluarga apabila mereka dibekalkan polibeg dan benih sayur-sayuran bagi menjalanka­n projek pertanian.

Beliau berkata, pihaknya bangga kerana program itu membuahkan hasil apabila peserta tidak lagi perlu ke kedai bagi mendapatka­n sayur seperti cili merah, cili api, terung, tomato, bendi dan pelbagai tanaman lain.

“Kami hanya petik hasil di hadapan rumah. Buat masa ini, semua pokok itu ditanam di dalam polibeg memandangk­an kawasan perumahan ini tiada tanah sesuai.

“Alhamdulil­lah, berkat berbudi pada tanah, kami diberi peluang menikmati hasil segar dari kebun sendiri,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, lebih menarik apabila pihaknya menggalakk­an penyertaan kanak-kanak dan remaja untuk mengusahak­an tanaman berkenaan memandangk­an ibu bapa masing-masing sibuk bekerja.

Carlos berkata, pihaknya menyasarka­n penyertaan 150 rumah dalam program berkenaan menjelang akhir tahun ini.

Katanya, semakin ramai penduduk berminat menyertai program itu kerana menjimatka­n wang dan masa.

“Kami juga menggalakk­an peserta menanam pokok berlainan di setiap rumah supaya hasil yang pelbagai dapat dikongsi bersama,” katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya mengusahak­an tanah terbiar di kawasan perumahan untuk tanaman berskala besar seperti jagung dan herba.

Menurutnya, pihaknya belum merancang memasarkan tanaman berkenaan sebaliknya berkongsi dengan komuniti terlebih dahulu.

“Kami mahu wujudkan suasana muhibah di dalam komuniti ini apabila penduduk saling berkongsi hasil tanaman mereka,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Presint 11 memeriksa hasil tanaman mereka yang disemai di hadapan rumah.
PENDUDUK Presint 11 memeriksa hasil tanaman mereka yang disemai di hadapan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia