Harian Metro

Tangkis tomahan

-

<<DARI MUKA 1

Menyertai aktiviti harian bersama tujuh kakitangan pusat itu diketuai Ahmad Sundram Abdullah ketika mengendali­kan haiwan terbabit, wartawan mendapati ia jelas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, malah cukup menjaga kebajikan haiwan berkenaan.

Proses yang dilakukan secara langsung menangkis tohmahan pelbagai pihak yang menganggap DBKL bertindak kejam terhadap anjing dan kucing liar yang ditangkap dan dikurung di pusat itu.

Ketika wartawan melawat pusat kurungan itu, 45 kucing dan 60 anjing berada di situ dan didapati terjaga serta sentiasa bersih daripada bau najis haiwan.

Ketua Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL Richard Ganesh berkata, pihaknya mematuhi SOP tangkapan dan kurungan termasuk memastikan haiwan sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga ia dilupuskan.

“Haiwan yang dikurung dipastikan terjaga kebersihan serta diberi makanan cukup. Kakitangan memastikan anjing dan kucing dimandikan.

“Haiwan ini diperiksa tahap kesihatan sebaik dibawa ke sini oleh pegawai Perkhidmat­an Veterinar bagi mengelak penyakit berjangkit,” katanya.

Menurut Richard, sehingga Jun lalu, 2,515 anjing dan 687 kucing sudah ditangkap pihak unit kawalan selepas menerima aduan membabitka­n anjing 223 kes dan kucing 108 kes.

Katanya, buat masa ini, 28 sangkar anjing, 20 sangkar kucing, satu kandang lembu, satu kandang kambing dan satu sangkar burung disediakan bagi mengurung haiwan yang ditangkap.

“Hampir setiap hari kami menerima aduan daripada penduduk. Aduan itu disiasat terlebih dahulu sebelum tangkapan dilakukan unit kawalan khas.

“Sebaik dibawa ke tempat kurungan, haiwan itu akan dikurung dan disimpan selama tujuh hari untuk dituntut pemilik.

“Sekiranya tidak dituntut, kami buka untuk adoptasi selama tiga hari kepada orang awam, pertubuhan bukan kerajaan atau persatuan untuk ambil binatang terbabit bagi tujuan pelihara,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak terburu-buru melupuskan haiwan berkenaan selepas tempoh mandatori selama 10 hari berakhir sebaliknya memelihara sehingga haiwan itu didapati berdepan masalah kesihatan

„ Tujuh kakitangan selenggara pusat mengikut SOP

yang tidak boleh diubati dan mendatangk­an wabak penyakit berjangkit.

“Bagaimanap­un, perbincang­an dilakukan antara kakitangan dan pegawai veterinar terlebih dahulu sebelum memutuskan haiwan itu untuk dimatikan.

“Sebaik ia dimatikan, haiwan itu melalui proses pembakaran selama satu jam dengan suhu 900 darjah celsius manakala tulang haiwan yang tidak hancur akan ditanam atau diserahkan kepada Alam Flora untuk proses pelupusan,” katanya.

Richard berkata, pihaknya mengalu-alukan orang ramai atau persatuan mengambil haiwan di pusat kurungan untuk dipelihara, sekali gus mengurangk­an jumlah haiwan dilupuskan.

Menurutnya, pada tahun lalu, Unit Kawalan Pest menangkap 6,084 anjing dengan aduan diterima 643 kes manakala 1,363 kucing ditangkap dengan aduan 274 kes.

 ??  ?? RICHARD menerangka­n penjagaan haiwan jalanan yang ditangkap.
RICHARD menerangka­n penjagaan haiwan jalanan yang ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia